Friday, July 6, 2012

Bulan Ganjaran.

Salam Ukhuwwah.

Gua sebenarnya lupa hari ni jumaat. Hoho.. 1 week ni gua agak terkejar kejar dengan date line yang terlalu singkat. Tapi Alhamdulillah banyak jugak yg sempat siap before date line tu. ^^

Anyway, kita sekarang dalam bulan sya'ban. Bulan yang penuh dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda kedua terbanyak selepas Bulan Ramadhan. Info ni gua dapat daripada ustaz masa tazkirah sebelum mula solat jumaat tadi. :)

Picture Ni Gua Shoot Masa Di Langkawi. ^^ 


Bulan ni jugak bulan yang banyak berlangsungnya majlis majlis tahlil, majlis ilmu. Dan satu lagi info yang gua nak share. Kalau dikampung kampung. Waktu ni ramai yang sedang buat 'monjong' untuk diberi pada jiran jiran terdekat sempena nak menyambut bulan ramadhan yang dah tak jauh nak tiba.

Kebanyakannya orang jawe jawe la buat. Monjong ni untuk kata lain yang boleh gua tafsirkan adalah 'sedekah'. Tapi dalam bentuk makanan. Kalau ada budak budak jawe macam gua yang terbace info ni tapi salah, sila betulkan ye. gua amat mengalu alukan. ^^

Dan untuk bulan sya'ban ni gua dengan rendah hati ingin memohon kemaafan jika ada tersilap kata dan Jika ada yang terasa atau apa apa.. boleh je terus sound gua kat sini. heh! saje kasi channn.. ^^

Dengan itu gua boleh teruskan beramal dengan lebih baik tanpa ada rasa berhutang dengan manusia. Seterusnya fokus 100% insyaAllah dengan Maha Pencipta. Mudah2an
dipermudahkan. aamiinn. ^^

Nota Kaki : Semoga kita 'sempat' bertemu dengan Bulan yang mulia. ^^

Tuesday, June 26, 2012

Titik Peluh

Salam Ukhuwwah.

Gua terpaksa awalkan post jumaat ni pada hari ni. Sebab gua nak pegi bercuti. Ngeh3 ^^ 
This week gua nak cerita mengenai orang rumah gua dah ada gangs. Hehe. ^^


Gua bukan dari kalangan keluarga yang punya wang Berjuta juta. Mintak dapat. Nak Dapat. Bukan! Sekali lagi gua nyatakan. Bukan! ^^ hee..

Zaman gua sekolah dulu takde makna langsung telefon kat tangan. Nak study group pi kayuh basikal. Nak set main bola, jumpa kat padang. Takde orang kat padang means tak jadi main. Mengeluh? esok jumpa membe suruh dia belanja 'wan tan singgit.' kahkah. setel. but now? Korang pon boleh fikir sendiri. ^^

Phone pertama gua, gua dapat dengan hasil titik peluh gua kerja. Nak cari duit lebih time cuti sekolah buat bayar yuran SPM untuk taun depan. ^^ tak silap gua, ni petama kali gua berani keluar cari duit. ^^



 


Bila ada lebih, baru gua tepikir nak ada satu eset sendiri. Kenal dengan T610? yeah. sony ericsson. Phone yang gua tegila gilakan dulu. Hehe. ^^ Mula form 5 penggunaan phone ni seakan akan wajibul ghrunnah. Jadi ini lah yang 'pertama' ditangan gua.

Sehingga kini. umur gua dah cecah 23 tahun, baru gua mampu untuk tukar phone. Mungkin ayat yang lebih sesuai, ikut peredaran waktu. Bukan apa, takut nanti apa yang jadi langsung tak tahu. Dunia Smartphone sememangnya mengganggu fikiran untuk kita cuba milik antara satu daripadanya. Macam mana gua dapatkan? macam biasa, dengan 'titik peluh' ^^ alhamdulillah. gua bersyukur dengan apa yang gua ada sekarang. ^^
 

Apa yang gua nak share sebenarnya adalah, dengan memperoleh sesuatu tu dengan 'Titik Peluh' sendiri yang keluar dari liang liang roma badan, lebih afdal hapy daripada mampu milik dengan meminta atau diberi. paham baik baik, wajib hapy. hehe.. ^^ tiada kaitan dengan sesiapa atau apa pun. Cuma setelah peroleh habuan. perlu dilaburkan pada benda benda yang boleh menghiburkan hati sendiri. :)



Dan kisah ni tidak disertakan dengan hati yang takabbur semasa menaip. Cuma berkongsi kisah dunia. ^^


Nota Kaki : Gua nak pegi bercuti. Sebab tu post entry awal. ^^ hei hei.. Sepanjang gua terlibat dalam dunia pekerjaan ni, blom pernah gua minta cuti dan bercuti. Doakan Helang Gergasi tu sambut gua dengan senyuman. Kekeke ^^

Friday, June 22, 2012

Stalker.

Salam Ukhuwwah.

Hari ni gua ingat nak cite santai santai sikit. Rasanya tajuk ni boleh dikaitkan dengan

Dunia luar dan dalam iaitu reality mahupun maya. 

Pertama tamanya, korang kene tarik napas....... Lepas.. Hehe ^^ OK OK kita mula..

'Stalker'. For sure semua tahu perkataan ni kan. Bagi gua benda ni ada 2 maksud.

Sama erti dengan 'Black Hat & White Hat'. Pada yang xtahu ianya sama konsep
seperti baik & jahat. Apa yang dia buat, dan untuk apa dia buat. ^^ hehe.
paham kan? Simple. ^^


Sumber Pakcik Google.

Jadi alhamdulillah. Blog gua ni ada jugak stalker yang baik2. Setahu gua la, ada 2 org yang secara terus terang cakap diorang ni salu stalk. Selalu? Kehkeh. Itu gua kurang pasti. Dan mereka support untuk hobi Photography gua. Gua berterima kasih sebab support gua dari jauh. Hee ^^

Jadi, anda punya stalker macam yang gua ada? keke. Yang penting gua cerita ni semua benda yang gua alami secara langsung dan share cerita untuk Melegakan hati. Walaupun gua boleh luahkan benda ni pada rakan2 baik. Tapi gua lebih selesa share dengan lu orang. Dan janganlah ada stalker yg black hat tu kat sini. gua sayang blog gua ni.. ^^ 

Nota Kaki : Gua mimpi adik gua duduk sebelah gua sambil menangis gembira semalam. Dia tak cakap apa2 langsung. Tapi gua dapat rasakan yang dia hapy sebab diterima masuk belajar di Jordan. Mudah2an cita cita dia dimakbulkan. aamiinnn ^^

Friday, June 15, 2012

JODOH.

Salam Ukhuwwah Fillah.

Gua panjatkan kesyukuran sedalamnya. Dan dah time gua up next post after
Jumaat berganti jumaat. ^^

Kali ni gua rasa dah masa gua berjiwang sedikit. Wakaka. :DD gua ingat nak UP
Cerita pasal jodoh. Dah ramai yang tanya gua benda benda ni. Gua dah cakap kat
Diorang gua dah pernah bikin cerita2 cenggini. Tapi diorang suruh 'hapdate'.
Haha. Memang mintak seliparrrrr.. :DD

Gua rasa semua dah tahu ada beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh DIA
Untuk kita sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Hanya DIA yang tahu setiap satu
Yang telah diciptakannya.

Antara salah satunya adalah Jodoh. Ramai yang sangat mengambil berat hal ni. Tak
Salah nak mencari. Memang antara perkara wajib yang manusia perlukan, iaitu pasangan.

"ALLAH menciptakan segala yang ada di alam semesta ini berpasang-pasangan.

Saling melengkapi. Sekaligus saling mengisi. Saling bekerjasama. Saling mengimbangi.
Saling mempengaruhi satu sama lain. Dan saling menyempurnakan." - atoksub

Tapi buat gua sendiri, adalah seorang yang pemalu. Jadi untuk mencari seseorang
Tu sangat susah bagi gua walaupun gua dah banyak kali untuk cuba berani. kah3.

Ada diantara orang di sekeliling gua yang sangat ingin tahu yang gua ni 'pernah b'punya' Atau 'pernah bercinta' tak? Gua dengan yakin melemparkan senyuman gile manis dan answer da question, nope! gua pencari yang satu. Kahkah. Punya takabbur jawapan gua. ngeh3 ^^

Tapi ini adalah benar. Gua xpernah bercinta. Ini bukan benda yang harus diperbesarkan. ini cuma perkara kecil. Cuma terkadang gua sering memikirkan orang yang sama ketika soalan soalan berkaitan ini ditujukan pada gua. Gua juga punya perasaan sama seperti umat umat manusia yang lain. Tak dapat lari dari perasaan ingin berpasangan. Gua ada amik beberapa perkara penting dalam kisah 'Murid & Rumput.' Ramai yang tau kisah ni. ^^




Ada yang sound gua, kalau mula langkah sekarang mungkin kita tahu berapa % kita
Boleh tawan hati dia. Then kalau tak mula lagi sebaliknya. Gua cuma boleh smile. ^^



Gua jugak berterima kasih pada kekawan bloggers yang keep support gua dari alam maya je. kehkeh. ^^ gua sangat hargainya. Pernah sekali gua terkejut sebab bila gua taip 'Perasaan Ini Berlaku Untuk Pertama Kalinya.' Terus kene tegur dengan si dia. Gua memang terkedu masa tu. Tapi itu je la kenangan manis di alam maya. hehe


Nota Kaki : Itu je perkongsian yang tak bermanfaat yang boleh gua share. Ada jodoh gua dengan dia, gua takkan sia sia kan. Lu orang pulak bila?? Kehkeh. ^^

Friday, June 8, 2012

Gua, Cuti Dan Guli

Salam Ukhuwwah.


Rasa rasanya tinggal this week je kan untuk cuti sekolah? Hehe. Mesti rasa Nak bangun lambat belom puas kan? keh2.


Untuk cikgu cikgu pulak mesti tak pernah berhenti dari memikirkan strategi yang
Lebih terkesan untuk tarik balik minat budak budak sekolah ni tengok buku. Keke. SELAMAT BERJAYA CIKGU CIKGU SEKALIAN! ^^ 
Memang tak ternilai jasa mereka ni. Bersusah payah untuk mengajar kita erti kesenangan pada masa depan. ^^



Masa kekecik dulu masa cuti sekolahlah waktu paling heaven bagi gua dan juga
Kanak kanak lain. Umpama pagi, petang, siang malam tu kami yang punya. Hehu!



Dulu bangun pagi mak ayah blom suruh solat subuh. Sekarang kalau lambat je
Bangun abis kene sepak. Kehkeh. Betapa Seriusnya erti solat tu sebenarnya. ^^
Beruntung gua dapat Parents macam mereka.



Zaman gua kecik tapak tangan ni dulu dulu Permainan ada musim dia. Dulu gua paling
Suka main guli. Lepas je malam beganti siang. Jangan cakap gua, dak dak semua
Terus melompat depan rumah gua. Depan rumah gua ni dulu memang femes.

Sebab gua paling terer main guli. Semua jadikan kawasan rumah gua tu kawasan
Mencabar. Kalau ada yang nak blajo main, gua suh main jauh jauh. HAHA. :DD



Tapi seingat gua la. Ada sorang lagi yang dia punya jurus tak boleh nak dipatahkan.
Rare tak rare lah kan. kalau gua ingat, gua kasi mention name dia. hurmm..



Biasanya waktu permainan ni bermula sebelum mak mak sempat sidai kain. Huh!
Tengok dia punya semangat nak main. kehkeh. Semua bawak tin milo saiz kecik.

Dulu milo bekas dia masih lagi tin. Ade kecik dan ade yang beso untuk cover sebulan
Punya air buat sarapan pagi. Heheee.


Gua pulak salu bawak guli guna plastik bubuh kuih 4-5 ketul singgit tu. Dalam plastik
Tu pulak gua isi dalam 10-20 biji guli je. Gua power kan dulu. Mane boleh bawak
Banyak banyak. Kahkah :DDD.


Bila main menang. Main menang. Sampai tahap riak gua ni kalau dah tak tahan,
Lain hari nak main gua kasi keluar tin milo yang beso tu. Saje nak kasi diorang takut.
Kehkeh. Memang syok betul time cuti sekolah ni. Main sampai tak ingat nak makan.
Tengahari yang panas tu pon boleh jadi redup macam dah pukul 5-6 petang.
Hebak betul aura masa begelar kanak kanak yang sedang heaven bercuti. Ngeh3!


Dan bila budak budak dah berkumpul sesama diorang ni, kalau main memang
Tak boleh nak senyap. Dulu tapak nak main ni pasir. Memang rare lah. Main pon
Sedap sedap je. Ada satu hari ni dak dak ni ajak main sebelah rumah gua.
Dari mula nak buat petak untuk letak guli sampai la nak mula baling untuk cari turn.

Mulut asik bising. Tetiba ada orang simbah air kat kawasan petak guli tu. Gua pandang atas, Pergh! tuan kawasan dah marah. Dia kate nak main bising bising pegi tempat lain. HAHAHAHA! Gua lintang pukang lari. Tuan kawasan tu mak gua beb! keh3! Kawasan tu pulak dekat je dengan bilik air. Memang chantek dia nye timing. ^^


Satu lagi perkara yang boleh buat hidung kita yang masa kecik ni jadi besar sampai boleh muat 2-3 biji guli bila mana ade 1-2 budak mintak nak jadi gangs. Kahkah. Memang bangga abis. Lepas tu cakap dengan dak dak tu, kalau nak masuk team gua kene ada guli banyak banyak. Baru boleh join.. Kekekekeke :DD


Sebenarnya banyak lagi game yang best masa gua kekecik dulu. Baling selipar pon tak kurang penangan dia. Budak budak kat sane pulak semua jenis kalau dah main memang serius!! Siap masuk bawah kolong rumah lah, nyorok dekat pasu bunga lah, ada yang terer mengelak bila kita baling selipar tu. Macam cite Matrix. Kahkah! Heaven! heaven! :DD


Nota Kaki : Ok ok, macam dah terlebih panjang pulak entry this week. Kekeke.. huh! gua baru ingat, jurus yang gua gagal untuk patahkan tu Gua dah ingat. Diaaaaa... KAKAK gua. hehe.. ^^

Friday, June 1, 2012

SATU JUN

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah, Jumaat ini gua masih boleh
Bernapas dengan izinNYA. ^^

Jumaat ni jugak kita sudah memasuki bulan
Baru dalam tahun 2012. 1 Jun 2012. dan juga
11 Rejab 1433. Sangat pantas masa berlalu
Untuk tahun yang penuh dengan ura ura ni. ^^

Semoga kita dihidupkan dengan iman & islam,
Juga dimatikan dalam iman & islam. aamiinn.

Dan jugak dah sebulan gua tak jejak kaki kat
Kampong halaman. Huuhu. Rasa macam patut
Sangat balik dah. Tapi banyak pulak keje bila
Hujung minggu ni datang. Musim wedding dan
Nak mula gara gara cuti sekolah.

Bila cite pasal cuti sekolah memang benda
Paling heaven yang pernah ada dalam kepala
Budak budak. Termasuk lah gua dan lu orang.
Kehkeh! ^^

Nota Kaki : Gua rasa minggu depan gua nak cite
zaman gua kanak kanak bila masuk zone cuti sekolah. ^^

Friday, May 25, 2012

Creativo Videographer at Singapore

Salam Ukhuwaah.

Jumaat Lepas gua ke singapore lagi. Join team membe bikin kerja.
This time gua tengok
Full version punya majlis perkahwinan kat
Sana. Kalau nak ikut kudrat tulang besi ni memang dah tak larat
Rasanya. Gua kene cover bahagian photo walaupun diorang dah
Ada OP sendiri. Team membe gua pulak OP untuk Videographer.

Balik pada majlis orang singapore ni. Apa yang diterangkan dan
Apa yang kami lihat
sendiri majlis semua same je. CUMA akad
Nikah satu hari, bersanding dan bertandang disatukan. Ini
Bermakna lepas selesai bersanding dirumah belah girl. Masa yang
Telah ditentukan mereka harus bergerak terus ke rumah belah laki.
Lepas selesai bergambar dengan famly laki laki dan makan beradab,
Mereka akan berpatah balik ke majlis pengantin girl dan buat
Penutup disitu. fuhhh!

1st time ikut cara diorang. Tekejar kejar, Leceh, Penat, Tenaga
Ab
is betul dan macam macam lagi yaw. wahh. Tapi diorang
Punya majlis sangat kool. Nak post gambo tak boleh sebab team
Gua bukan OP. Hurmm, nak cakap simple memang simple. Tapi
Masih punya aura kemewahan gitu. Dia punya katering je sampai
5-6 macam lauk. Ada pencuci mulut. Macam kat hotel. perghh!
Sampai gua pun segan nak makan. adoi.

Finally kami bertolak balik ke sini jam 8 malam. Gua tengok
Team membe ni dah gile
punya penat. Sama la dengan gua.
Masa ni gua 1st time drive luar dari kawasan depan rumah.
Kehkeh! Highway sebelum tangkak sampai la ke ayer keroh.
Walaupun jaraknye takde la jauh mana dan jalan pon lurus je,
Tapi demi nak kasi diorang CAJ balik tenaga untuk drive. Gua
Kasi tekan 160kmj. Hahaha best!! nasib takde abang pulis.
Kalau tidak. abis! abis! ^^ heee..

Nota Kaki : Isnin lepas adelah senin yang sangat lemau.

Tapi puasa sunat gua tatap jalannn. ^^

Friday, May 18, 2012

Sihir Power Mark Zuckerberg

Salam Ukhuwwah.


Sebenarnya gua hampir terlupa hari ni
Jumaat. Lupa nak bikin post baru. ^^


Bila banyak sangat fikir. Boleh
Membawa kepada aktiviti menguap
Yang amat kerap! ini tak sesuai
Untuk orang orang macam gua. ^^



Haha! macam ni la bila pikir
Macam macam bila ber-FB. Gua tak
Tau ape jenis sihir yang Mark
Dah buat pada semua umat manusia.



Kuat kot sihir tu! nak lekang
Beberapa second pon tak boleh!
Seriusly oke. U pecaya i tak?
Kekekeke. Oupss. tu bukan bahasa
Gua ye. Gua pinjam kejap jeee. ^^



Tapi ini adalah 'Fakta'. Korang
Setuju atau bangkang? Err..



Nota Kaki : This week Patut gua ke singapore untuk join team membe kat sane. Tapi masih pikir nak pi ke x. arghhhhh!

Friday, May 11, 2012

Kerteh, Terengganu

Salam Ukhuwwah.
Click Pada Gambar Untuk Lebih 'Gedi'. ^^

Minggu lepas selesai buat job di Kerteh sana. Alhamdulillah semua jalan dengan baik.
Cuma masa yang kami perlukan untuk buat outdoor sedikit terganggu. Pengantin ada
Cakap ini bukan pantai kemasik. Pantai kemasik depan lagi. Jadi kami pon layan je tempat yang mereka suggestkan ni. Bila sampai je kawasan ni. Gua tergamam. ^Subhanallah. Sangat santek oke!! ^^ terus setting kamera. Weeehu! sampai lewat petang baru habis shooting. Masa kerja tamat.


Masa perjalanan balik pada esok harinya. Kami ber-4 terjumpa Pantai kemasik yang pengantin cakap semalam. Dalam Hati gua, kenapa la diorang tak bawak kitorang pi sini untuk shot outdoor!!HAHA. masa tu gua geram sangat!


Jadi, untuk buang balik sifat -ve gua. Gua shot gambo sendiri and kekawan. Weeee!! Ok dah selamat layan gambo. ^^
Nota Kaki - This week sahabat universitas gua merangkap housemate akan buat majlis bertandang. Gua jadi OP. Kawan punya pasal. Hehe ^^

Friday, May 4, 2012

Kisah Awan


Salam Ukhuwwah Fillah.

Again.
Masih berkesempatan untuk jumaat ni. ^^ So,this week gua simpan cerita. Nak post Gambar pulak. Ni gua shot depan rumah. 
Masa tak tentu. Kalau masa tu ada cuaca yang baik, awan yang cantik. Gua pekena 2-3 shot. ^^ 
So ini adelah sebahagian daripadanya. Sila 'rasa dengan jiwa' bukan dengan mata. ^^
{ Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. }
(An-Nur 43)

Nota Kaki : Malam ni jam 9 gua bertolak ke kerteh untuk keje keje menembak. salam perantau. keke ^^

Sunday, April 29, 2012

Gua Dan Wave Putih Ke Lantai. [Part 2]


Oleh kerana ini Part 2, Jadi tak perlu tunggu 
Hari jumaat. Hee ^^

Dalam keadaan 'macam tu' gua masih gagah
Untuk terus pulang. Gua hanya mampu gigit
Bibir tanda gua menahan sakit. weee! ^^

Alhamdulillah, lepas sampai rumah je
Terus gua check keadaan wave putih ni.
Takde yang serius kecuali pada satu dua
Tempat sahaja. 

Lega sungguh bila boleh salin pakaian.
Cecepat gua besihkan luka. Takut nanti
Kering darah tuu, susah pulak nak tanggal.

Satu lagi kombinasi yang tebaek! ^^
Air + Luka! Weeehuu! Mengalir air mata
Beb! Hehe. sakit dia sampai teduduk.


Setel je besihkan tu sume, gua terus
Siapkan juadah berbuka. Nak beli kepok
Leko tak kesampaian. Nak beli char kuey teow
Pon tak jadi. hurmm.. megi la jawabnye. hee ^^

Ngam ngam siap je masak, azan berkumandang.
Gua senyum lagi tanda sonok. Walaupun gua
Jatuh macam nangka busuk. Gua PASTI! ada 
Hikmah disebalik segala yang terjadi. ^^



                                                        Sumber : Google

Nota Kaki : Bahagian kiri kaki gua sahaja yang terlibat dalam post kali ni. Lagi lagi dibahagian lutut yang koyak. Memang 'sedap' nak layan  duduk antara dua sujud ni. Hehe ^^