Friday, January 20, 2012

2 0 1 2

Salam Ukuwwah Fillah.

Rasanya macam dah terlambat pulak nak buat
Entry untuk 2012. Tapi sementara kita masih
Di awal bulan, dengan tak malunya gua terus
Dengan niat ni. :)

'Alhamdulillah'. Satu ucapan yang ringkas.
Tapi cukup bermakna jika kita faham isi nya.
Ucapan syukur yang tak terhingga kerna nyawa
Ini masih lagi dipinjamkan olehNYA.

Tahun demi tahun berganti. Pasti banyak
Perubahan yang sudah kalian buat demi
Kearah yang lebih baik. Alhamdulillah bagi
Yang dah berjaya hijrah. :)

Untuk tahun baru ni, saje nak share lagu
Yang sering bermain dikotak fikiran. Lagu
Yang penuh dengan 'makna'. Gua sering ber-flash
Back apa yang dah gua beri pada kehidupan
Yang sementara pinjaman dariNYA. Adakah ilmu
Yang gua dapat selama ini akan menolong
Gua pada hari akhir atau sekadar benda yang
Sia sia. Mudah mudahan semuanya berguna
Untuk 'sana'.

Lagu tersebuat adalah Kembali, persembahan
Dari kumpulan nasyid no.1 dihati gua pada
Zaman dulu kala, Raihan. sila nikmatinya. :)

Sedikit lirik lagunya :
Lalu kau pun sujud mengaku,
Hilang keangkuhanmu,
Cabutlah noda hitam di hatimu,
Haraplah di beri peluang,
Beribadah kembali,
Kau kan jadi hamba yang sejati.


Juga sebuah hasil grafik yg telah terkandas
Di dalam laptop gua selama setahun. :P