Thursday, July 28, 2011

I'm Not Gud.

Salam Ukhuwwah Fillah.

Alhamdulillah. Hari ni dah lepas hari ke-3 bekerja.
Semua dalam keadaan baik baik belaka. Hari ni bos
Datang lepak sebelah meja dengan gua. Gua malu malu
Tak tau nak cakap ape. Then bos start talk dengan gua.
So, how are you? gua pon sambut teguran dengan senyuman
Sekali beb. I'm good. :) Haha. Mencabar plak asik nak
Kene speaking je. Tapi sonok pon ade jugak. Heee~ :D

Lepas dah kemas kemas nak balik tadi gua dah perasan
Benda ni. Cume masih tak berapa pasti la. Takpe takpe
Kita beli tiket dulu. Kang KTM sampai, telepas pulak.
Macam hari hari lepas. Gua still kene himpit. Sebab mungkin
Tren ni datang dari arah KL sentral. Tu yang sentiasa ada
Je makhluk yang nak sambut gua. Lepas tu dan dan time
Tu jugak gua tersipu sipu malu nak masuk. HAHA. :D

OK. gua dah yakin habis. Sebab bila gua flashback. Gua dapati
Yang gua ni dah lama tak kene benda benda macam ni.
Lepas je bangun dari terlena akibat perah otak yang sedikit.
Gua telah yakin diri ini menghidapi, SELESEMA. Adoi!

Gambar - Sumber Pakcik Google.

Lepas solat jangan lupa doakan gua cepat sihat ok.
Salam and Smile yaw. :)

Nota Kaki : Gua ada kejutan untuk korang yang sudi bukak Blog ni.
Gua dah design satu poster untuk korang. Tunggu Huh. :D

Thursday, July 21, 2011

DUGAANnya.

Salam Ukhuwwah.

Buat keluarga beliau, semoga DIA permudahkan
Segala urusan didunia. Kini dia sedang diuji,
Memikirkan apa yang terjadi Pada keluarganya.
Bapa beliau kini sedang berada di unit ICU
Untuk pemerhatian yang kerap dari setiap
Minit dari Doc.

Walaupun berita ni kurang enak, tapi beliau
Nampak kelihatan tenang dari luar. berbanding
Dengan ibu beliau yang sangat lemah semangat,
Yang memerlukan sokongan dan dorongan agar lebih
Tenang untuk hadapi masalah ni.

Semalam sy dan seorang lagi rakan sempat
Melawat bapa beliau yang dikhabarkan telah
Berada didalam keadaan yang sedikit stabil.
Alhamdulillah nampak semua ahli keluarga
Berada disitu untuk menjaga seorang yang
bernama bapa.

Apa yang sy nampak disebalik Kaca pintu.
Seorang lelaki yang ditemani isterinya,
Mengharap akan kesihatannya kembali
Pulih seperti biasa. Sangat pedih perasaan itu.

Setelah beberapa minit berada disitu,
Kami beredar dengan harapan agar bapa
Beliau kembali pulih dan memberi senyuman
Pada setiap wajah ahli keluarganya. :)

Doakan kesejahteraan KELUARGA BELIAU.
Itu je untuk hapdate this week.
Salam n smile~ :)

Nota Kaki : Bapa beliau menghadapi bengkak
Dibahagian Limpa.

Monday, July 11, 2011

AKU.GANGSTER

Salam Ukhuwwah.

Hari ni nak buat kerja sumua tak jadi.
Malas sangat sebab malam tadi tidurnye lambat. :P
Hehe.So pagi tadi main main shoot kat bilik akak.
Before mula buat editing wedding. :)

OK! Ni gambarnya. dah setel buat editing pun.
Cara nak bikin benda ni senang je. Bagi mereka
Yang dah biasa dengan PSD, sekali tengok je dah
Tahu nak buat macam mana. Bagi yang tak tahu.
Boleh follow macam TUTOR yang lepas. Kurang lebih
Sama je caranya. Cuma yang ini jangan gunakan
Terlalu banyak jenis PATTERN pada gambar. OK? :)

Then SIAP! :)
Salam + Smile again :D

Saturday, July 9, 2011

Pertama Kalinya.

Salam Ukhuwwah.

Dulu
sy pernah untuk buka hati ni. Tapi dulu sangat lain.
Tapi sekarang, walaupun kita hanya bertepuk sebelah tangan.
Perasaan ini berlaku untuk pertama kalinya.
Bukan mengharap, tapi cuma untuk tersenyum sendirian.

Nota Kaki : Sedang siapkan album wedding abg sy! hope sume jalan lancar :)