Sunday, December 20, 2009

GS : Stail Komik



Taqo Stail Komik

Salam Ukhuwwah.
19hb.12.09 telah siap satu artwork biasa yang dapat sy siapkan.
Teknik ini dipanggil Stail Komik.Bagi mereka yang minat dalam Edit Picture,
pasti ini adalah satu kerja yang mudah.Untuk tutorial teknik ini anda boleh test tengok
dekat site ni. www.sifoo.com

Jika anda ingin berkongsi hasil kerja untuk di comment,
jangan segan untuk post keh. :)
skian.Salam.

Friday, December 18, 2009

TV3 TRIP.

Bermula tarikh 04 November 09.Kami bebudak multimedia
berangkat ke perkarangan TV3 pada jam 7.30 pagi.Lawatan
di bawah course Aplikaski Multimedia yang diketuai oleh
lecturer kami sendiri iaitu Cik Nazariah.Thx untuk trip
ini kerana disaat2 akhir sem.Dapat jugak keluar buat lawatan. :)


Sempat menyaksikan 'BERITA TERKINI' secara live.

Objective utama lawatan ini adalah untuk melihat
secara langsung teknologi yang diguna pakai oleh industri media.Bagi memberi yang terbaik
pada bejuta2 penonton.Juga bagaimana menyelesaikan masalah secara PRO apabila terjadi
gangguan teknikal.


Penerangan diberi di studio MHI.

Lawatan berakhir dengan sedikit memori dari student unisel.Bergambar bersama kakitangan TV3 yang amat sempoi.Thx to all.Hope leh buat lagi trip camni.Jangan lupa info ape2 berita at our group
site k. :)


In Memori Multimedia Student 1/07/08

Thursday, December 17, 2009

TAG From Cik Ein~


Salam ukhuwwah.
First Of All.Maap pada cik ein coz lambat post.
bz maap ye.So skng sudah ditunaikan.hehe~

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

-Seorang perempuan. :)
-Sudah bekerja
-Pendapat sy.Cik Ein seorang yang peramah.
-Seseorang yang luas pengetahuan
-Suka dengan budak2.Mungkin kot.

2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

- Adalah insan yang simple.
- Suka sangat dengan grafik.
- Juga seorang yang sukar diramalkan. betulkah? =)
- Pilihan lagu semasa tidur adalah nasyid. layan Ooo.
- MUNGKIN seorang yang cepat bosan dengan sesuatu
yang kurang diminati.
- Suka stay kat rumah dari keluar. (kalau ajak keluar,on je..)
- Sangat suka tengok Bintang.
- cerita yang best ditonton mesti banyak action n Effect! kire
guna teknologi CGI la. macam Transformers.. =)
- Agak pemalu orangnye. tapi kalau u all tegur dulu insyAllah sy layan.. :D
-Suka dengan imej yang simple but smart. =)

Lastly.Sesape yang teringin nak buat TAG ni.Leh amik.
Then gi tau sy keh. :D

PENGAKTIFAN SEMULA.


Salam Untuk Semua.
Alhamdulillah,akhirnya semua telah selasai.
Cuma menunggu perkara seterusnya berlaku.Kini pengaktifan
semula belog ini akan bermula.InsyAllah akan diisi dengan
sebaik2nya.Harap semua masih membuka belog ini.

Cerita disebalik belog kehilangan tuan.
Biasa kalau dengar Title student tahun akhir.Semua faham mungkin.
Itulah yg terjadi pada sy.Sangat fokus dalam penghasilan projek akhir
yg membuat belog ini hilang seri buat seketika.Juga sibuk dengan paper
final yg agak susah.Tapi dapat jawab dengan baik walaupun macam
dah banyak tinggal tempat kosong.Huhu~

Dengan hanya kata2.Sy akan mula menghasilkan grafik
seterusnya dan akan mengisi waktu untuk belog ini jika punya masa lapang.
Thx pada yg masih menyokong. Hihi~

Sekian.
Salam Ukhuwwah :)

Tuesday, November 17, 2009

Need.More.Time~


Salam Ukhuwwah.
Kini masa yang diperlukan.Masih tidak cukup.Inilah gelagat
bagi semua student yang akan mempersembahkan hasil
projek akhir mereka.Tidak terkecuali diri ini juga terlibat.
Tu yang kurang mengOnline kan diri.Huhu~

Disamping itu.Bukan sahaje projek Akhir.Final paper pun
dah dekat.Adeii.Semua kelam.Tapi insyAllah.Berkat Doa
dari rakan2 dan teman2.Mungkin ini semua dapat dihadapi
dengan tenang. :D

P/s : Doakan semua dalam keadaan baik ok.

Thursday, November 12, 2009

MENARUH HARAPAN YANG TINGGI




Salam Ukhuwwah.
Next entry ini sy dapat bila ia kene pada diri sendiri.
Salah atau tidak patut kita terlalu manaruh harapan yang
tinggi pada seseorang? Adakah kita yang salah? Atau dia
yang patut tahu mengota janji? huhu.Banyak persoalan.

Entry ini juga tidak berkaitan dengan perasaan pada
sesiapa.Cuma berkaitan dengan janji yang telah dibuat.
Tetapi xdapat nak dikotakan atau sengaja dilupakan.
Bila time cenggini,Segala jenis perasaan yang negatif terlalu
banyak jika hendak dibanding dengan perasaan positif. kan2?
Bukan nak buat cerita.Memang dah banyak kali kene.Huhu~
Penyelesaian cerita,perli atas benda yang kene pada orangnya
tidak salah bagi memberi sedikit kesedaran.Betulkah?

p/s : Sesungguhnya orang yang sentiasa menepati masa.Disukai oleh
semua orang.Hehe. :)

Monday, November 9, 2009

ENTRY-100

Salam Ukhuwwah.
Adalah ini entry sy yang ke-100.
xsangka dapat post macam2 dalam masa
setahun lebih berbelog ni.Syukur sangat dapat
member macam anda semua.Hope Ukhuwwah ini
berpanjangan.Tidak sekadar di alam maya ini.
Jika DIA mahu kita bertemu.Maka bertemulah kita. :)

Untuk itu.Entry yang ke-100 ini berkaitan
dengan pembinaan belog ini.First nak cari

nama domain ini xde la susah sangat.pejam mata,
bukak balik dah dapat idea.sebab kita tahu apa
yang akan kite sampaikan dalam belog tu nanti. :)

Untuk semua koleksi grafik yang telah dicipta.
korang yang berminat nak tengok boleh try usha kat sini.

http://www.flickr.com

Inilah grafik yang xsengaja telah dihasilkan.

Dulu first design memang lain dengan yang terkini.
Boleh tengok macam mana kretiviti kite berkembang.
Tapi kalau nak power lagi.Kene la minum susu Fenleaf selalu.
he2. :)

xbanyak untuk diceritakan.Hanya ini yang berlaku
dalam sekelip mata.Hope korang setia ngan belog ini k.
satu penghargaan untuk semua umat Follower dan rakan belog lain.
terimalah seadanya award dari DUNIAGRAFIKSAYA~ ini :D

Thursday, November 5, 2009

PERLUKAH MERINDU?

salam ukhuwwah.
Jam 16:02 hujan rahmat turun dengan lebat.
Telah sy fikirkan ini berabad lamanya.Perlukah
kite merindu? hu2.Agak sensetip bab begini.
Bukan sebab pernah dirindu baru sy buat entry ini.
Secara xsengaja ia terlintas untuk ditaip. :)


Bila time hujan.Semua benda yang lampau mungkin
dapat dibayangkan.Kerna apa? mungkin memori yang indah.
Tapi lain orang.Lain pulak yang dirindu. he2. :)
sy rasa rindu itu perlu sangat.Kerna selain asik nangis
(terutama girl) bila kita ingat benda2 lampau yang
happy.Dengan spontan kite TERSENYUM cam orang xbetul.
Tapi itulah yang kita sentiasa fikirkan~ :D he2.
sekian.


Monday, November 2, 2009

THE.NEXT.PHOTOGRAPHICS

Salam Ukhuwwah.
The.Next.Photographics yang telah di shoot di sekitar Kampus. :)


DUNIAGRAFIK03
TITLE : My.Path
TEMPAT : UNiSEL

DUNIAGRAFIK05
TITLE : INILAH.JALANKU
TEMPAT : UNiSEL


DUNIAGRAFIK06
TITLE : Tuhan.Ada.Janji-NYA
TEMPAT : UNiSEL



P/S : Hobiku.Dimasa.Lapang~ :)
Skian.

Thursday, October 29, 2009

NEED IMAGINATION

Salam Ukhuwwah.
Sekian lame tidak sy post new graphic.
so,ini adalah satu lagi hasil yang xsengaja dihasilkan.
sy suka dengan warna dia.

Title sengaja dicampak begitu kerna.
sy yakin dan pasti dengan adanya imagination.
pelbagai benda yang terlintas di minda secara live or not.
dapat ditafsirkan dalam apa jua bentuk atas kreativiti

anda.Walau camna pun.Hanya anda yang tahu. :)

Need.Imagination

So,semakin tinggi imagination itu.Semakin rumit sumthing
yang dihasilkan untuk difahami.hoho.ye ke? Lets Think..
Sekian~

Friday, October 23, 2009

MENGAPA PERLU BERSEDIH?


Salam Ukhuwwah.
Sedih adalah satu perkara yang paling xbest
bagi semua orang.Sedih sering dikaitkan dengan
masalah dikecewakan atau sebab yang xmengembirakan.
adakah ianya pernah terjadi pada anda?

Adakah perlu kita tunjukkan sifat lemah itu
pada masyarakat?Bagi sy kita perlu pandai
mengawal sifat itu dari disedari orang lain.
Jadi dengan kata lain.Tabah menghadapi sesuatu
dengan membuat perkara yang mengembirakan boleh
mengubat hati yang lara.Kerna sedih hanya akan
membuat diri anda lebih teruk.

p/s : Adakah betul tanggapan sy ini? =)

Thursday, October 22, 2009

DUNIAGRAFIK02

Salam.
dengan sengaja aq ingin berkongi picture yang telah diedit.
ni adalah second picture yang aq shoot sendiri.
ingat memang nak buat 10 picture je.So,ini yang ke2.


DUNIAGRAFIK02
TITLE : When.The.Journey.Ends
TEMPAT : UNiSEL

H a r a p a n ~


salam.
This month,
Memang ingat nak sangat update belog.
tiada masa bukanlah alasan yang kukuh.
Tapi,bz sungguh ini sem.Kelas memang kurang.
sebab nak isi masa dengan Final Projek.
hope dapat buat macam apa yang dah dibincang
dalam proposal asal.


Projek akhir ni akan cuba menghasilkan
MOTION GRAFIK untuk memperkenalkan unisel
dalam bentuk MEDIA.Bukan seperti biasa yang
kita dengar melalui radio secara lisan sahaja.
Tujuan utama adalah untuk menyampaikan suasana
persekitaran Universiti yang sebenar kepada
masyarakat luar. skian~


Sunday, October 11, 2009

T r u s t . Y o u r . S e l f

Salam.
Hari ini ade topik untuk sy update belog.
Cerita dia bermula dari dalam bilik kuliah
sebenarnya.


Teringat akan kata2 Pensyarah yang begitu
aktif semasa mengajar membuat student xkering
gusi semasa diberi ilmu.Katanya semasa kelas
Communication Skill.Kita ini ibarat pelakon yang
sangat hebat semasa didunia.Bahkan diri kita lebih
hebat berlakon kalau hendak dibandingkan dengan
semua umat manusia didunia.Mengapa?

Betul apabila sy dalami kata2nya yang penuh
tersirat semasa sesi pembelajaran.Kita tidak boleh
terlalu PERCAYA akan orang lain sehingga melebihi tahap
kita mempercayai DIRI kita sendiri.Ianya boleh
membawa kepada kebinasaan pada diri sendiri juga
pada akhirnya.

Contoh yang senang diberi :

kalau kita cakap dengan orang tua.kita perlu
menjaga adab bukan? Jadi dengan itu kita akan
melakonkan watak yang baik,sopan santun,berbudi bahasa,
serta sifat2 yang baik seadanya.dengan senang kita
melakonkan watak itu.kerana apa? Kerana kita adalah
"PELAKON HARAPAN DUNIA".

Sama juga semasa berada di masjid.Kita akan lakonkan
watak alim,menjaga adab2 dimasjid.Umpama kita memakai
topeng malaikat yang mempunyai hati yang suci.Dan sebaliknya
jika kita memakai topeng syaitan.Akhirnya kita akan menyedari SESUATU
apabila kita menanggalkan topeng tersebut.
Sekian sahaja perkongsian untuk tika ini.

P/s : Ini adalah perkongsian Ilmu semata2.
pecaya pada diri adalah perkara utama.Jika ada salah
dan silap.Anda boleh kongsi bersama sy. :D
salam Ukhuwwah.

Wednesday, September 30, 2009

AWARD TO ALL~


Salam Ukhuwwah.

Lama sudah tak terima AWARD dan TAG.
Terima kasih buat Teman belog yang
memberi iaitu Cik Ara. Sy cube buat k.
semua jawapan ini adalah TANGGAPAN sy saje.
jika salah minta di tegur.

Soalan Pertama,
kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award.

> Mempunyai Peribadi yang baik dan berpendirian tetap.
> Suka akan seni grafik.. (betul ke? huhu..)
> Mungkin seorang yang aktif dan gila2? hehe. =)
> Suka melihat keindahan Alam ciptaan Ilahi.
> seorang yang boleh dibuat Teman semasa susah atau
senang. insyAllah.


Soalan kedua,
kena nyatakan 10 fakta diri sendiri.

> Adalah insan yang simple.
> Suka sangat dengan grafik.
> Juga seorang yang sukar diramalkan. betulkah? =)
> Pilihan lagu semasa tidur adalah nasyid. layan Ooo.
> MUNGKIN seorang yang cepat bosan dengan sesuatu
yang kurang diminati.
> Suka stay kat rumah dari keluar. (kalau ajak keluar,on je..)
> Sangat suka tengok Bintang.
> cerita yang best ditonton mesti banyak action n Effect! kire guna teknologi CGI la. macam Transformers.. =)
> Agak pemalu orangnye. tapi kalau u all tegur dulu insyAllah sy
akan beri yang terbaik. :D
> Suka dengan imej yang simple but smart. =)


Beri award ini kepada 10 orang dan describe mereka:

Cik Kyla > Seorang sahabat yang sgt baik
Cik Usna > Sangat tinggi Orangnye~ =)
Cik Nazra > Sangat aktif dalam penulisan Belog.. idea byk nih.. =)
Cik Fifie > BeBakat besar cipta POEM.. hehe~


Org ke 5 dan seterusnya adalah sesiapa yang berminat
untuk amik award n Tag nih. amat di alu2 kan.

Sunday, September 27, 2009

Pena.Syawal~


Salam Ukhuwwah.
Seminggu cuti sudah pun tamat.
kini kembali menjadi student semula. =)
bagaimana pun,kepuasan itu disambut
dengan kesederhanaan. alhamdulillah~

Tahun ini xbanyak rumah untuk berkunjung.
kerna ramai saudara mara betandang ke rumah.
almaklumlah ayahku sudah menjadi veteran.
tapi kalau sekali pandang..xmacam veteran pun.
"Darah Orang Muda" katanya (ayahku).

Jadi tahun ni..kami adik beradik
ramai2 jadi pembantu yang amat setia
pada ayah dan ibu. eheh~
syukur sangat bila tiba Bulan syawal ni.
ramai sanak saudara yang berkumpul.
dari yang xkenal..tetiba je
"Ni la Saudara Kite.." pastu.. baru la..
laaa..ye ke.. eheh..

Kekadang ada yang sampai xnak keluar
besalam dengan tetamu. segan xbertempat
betul. Ehehe.. tapi! bukan sy.. =D hihi~

banyak lagi cerita yang best
jadi time Syawal tiba ni.
semua pasti ada cerita yang tersendiri.
tapi cerita ini harus di minima kan.
bukan xnak berkongsi. cume hadkan
penulisan. takut panjang sangat.
dan takut korang bosan baca entry yang
kurang menarik ini.. uhuhu~

Akhir Sekali, diri ini ingin
sekali lagi Memohon Maaf pada rakan
blogger juga pada semua yang melihat belog ini.
agar tidak terasa dengan penulisan yang
dibuat. kerna diri ini amat kerdil dan sering
melakukan kesilapan. Maaf zahir Dan Batin~

Tuesday, September 15, 2009

Satu Untuk Semua~


salam.
Terasa nak buat KAD RAYA utk
rakan belog pulak tahun ni.
so, aq da siapkan 'Satu Utk Semua'
hehe..semua dapat, yang sama pulak
tu..jangan mara ek.. =)

Kad Raya ni KHAS utk KOrang semua.
rakan follower aq dan juga mereka yang
kaki Blogwalking. Terimalah Seadanya ye.. :D
amik la kalau sudi.

Dengan Ucapan :
Selamat Menyambut Hari Mulia,
Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir Dan Batin.
sekiranya pernah dengan
sengaja atau tidak aq telah
melukakan atau menyakiti hati
korang semua. Disini ingin
aq hulur 10 jari + mohon
kemaafan. 0-0 ye.. =)

p/s: makan lemang
jangan lupa aq ek.. eheh. :D

Saturday, September 12, 2009

kenapa Dulu Lama??

salam.
Dalam perjalanan ke masjid beberapa hari lalu
telah membuat aq teringat akan kisah
tika aq pernah menjadi budak dulu.

Dulu aq xla liat nak puasa
cume masa tu, (fikiran budak2)
kenapa la dulu lama sangat bulan puasa ni.
tapi semalam. Tetiba otak ini terlintas
dengan satu fakta biasa. Mengapa zaman

ini pejam celik je dah 10 malam terakhir
ramadhan. huhu..sedih.



Tetapi..Alhamdulillah.
aq rasa bulan ramadhan kali ini.
bukanlah seperti zaman aq cilik suatu
ketika dulu, yang tiada pengisian apa2.
namun diri ini masih lagi kerdil
walaupun pujian dunia sering kali
mengangkuhkan diri. jauhkan sifat itu hendaknya.
mudah2an kelemahan diri dapat diperbaiki.
Kini umur mendewasakan diri.
apa yang terjadi di sekeliling akan aq
jadikan pengajaran. memang banyak yang
kita dapat bila hidup dalam dunia kampus.
kita akan dapat banyak SAHABAT.
dan juga akan kenal banyak KAWAN.
walau apa pun yang kita lakukan,
sentiasalah ingat akan-NYa.
skian~

Tuesday, September 1, 2009

Mana Satu Lebih Baik??

WhiteBird

GreenBox

Purple

PENGUMUMAN RINGKAS

Disini ade sedikit kekeliruan..
design yang ingin aq hantar ni mungkin
diterima or xditerima kerna ada sedikit
idea dari student lain yang ingin
menggabungkan idea dia dan idea aq.
bukan xsuka,tapi aq kurang dalam bab ni.
oleh itu. aq rasa design yang akan diterima
mungkin lain dari yang aq post.
so,terima kasih sangat2 kat sume yang da
telibat k. =)


Entry kali ni aq perlukan pendapat korang.
sebenarnya berkaitan dengan projek aq.
benda yang akan dilaksakan selepas cuti raya.
salah satu dari subjek aq pon.
kitorang akan gerak untuk buat satu lawatan.
before that, aq la orang yang kene buat
kerja-kerja belakang tabir ni.

so..
benda ni bukan la urgent. Tapi aq perlukan
pendapat korang sebelum aq hantar benda ni.
korang rasa Design mana satu lebih baik??
benda ni korang yang tahu dulu sebelum
semua student tahu. wokeh?? hehe~
sedikit layanan istimewa..

p/s : pengakuan jujur diperlukan.
terima kasih atas bantuan anda~ :D

btw..selamat berbuka ye.


Sunday, August 30, 2009

MOON


The Coming Soon Artwork.
ini lah harinya. hari-hari yang lepas berlalu..
bukan tak nak create.. cume kekadang masa
tidak mengizinkan aq untuk berkarya.
disebabkan terlalu pusing dengan persekitaran
baru di hostel ni. makanya.. ia mengambil banyak
masa untuk persiapan. (pemasangan PC dan
juga Installation semula.) kerna proses
membasuh PC (Format PC) telah berlaku ketika cuti
sem yang lepas. :)

Next Artwork is a MOON.
dunno why..mungkin ketika dan saat
itu kepala aq sudah tidak dapat menerima
apa-apa nama yang baik dan bermakna,
jadi penglihatanku serta memori yang
sudah mampat dengan segala maklumat berkaitan
melemparkan abjad M+O+O+N.. :D
terimalah dengan hati yang tenang wokeh..

sekian~
salam.

Friday, August 28, 2009

24HOUR



..Hari ni satu hari aq langsung xtido..
stat dari aq balik kelas, berbuka, Solat terawih,
dan jugak lepas pegi on9. thx zard coz izinkan
sahabatmu yang sangap ini turut mengonline di bilikmu.
(lepas nih..janji aq lepak situ lagi.. lalala~)
ingat dah lebam mengonline..balik umah nak sahur
dan terus tido after solat subuh..
tapi aq memang xtahu kenape mata aq
langsung xnak pejam. aq rase anak mate ni
dah pakat reramai nak tengok Bloggerboy yang telah
ku sedut dari membe aq tadi..ceh~ betul sangkaan ku.
mata ini berkelip 3-4 kali..ngengade betul.
then aq pun membelek2 perdrive yang sangat murah
serta hak milik kekal aq. eset tuh~ :D


WOw! 30paun! haha..
memang best cerita tuh..
sampai jam 8.30 pagi aq layan..
memang lebam + Cengkung = Berair2 mate ni..kahkah.
best tahap tetikus meh..
aq rase tahap kesihatan aq telah terjejas kerna
melayan sikap kesewelan gara2 xcukup tidur..
before ada ayat-ayat chenta TERkeluar,
baik aq stop dulu. ehehe~ sementara emosi ini
dalam kawalan yang baik. haha! tgk tuan mehh.. :D
ciow.
salam.

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN '09

RAMADHAN '09

Salam.
19hb 8 09

Alhamdulillah,dpt kembali aq menaip.
kini ramadhan bakal kunjung tiba.
bersyukur aq kerna sekali lagi dapat
bersama2 menunaikan kewajipan ni.


Dan pada tahun ini juga aq sekali
lagi dapat bersama2 menjalani ibadah
ini di kampus bersama rakan.
harapan ingin melihat sesuatu yg
luar biasa pada bulan ini juga
adalah harapan aq yg terbesar.

Dengan itu,duniagrafiksaya

mengucapkan selamat datang untuk
bulan ramadhan almubarak semoga
bulan yg penuh dengan segala
kebaikan dan pengampunan ini
di jalani dengan sebaik2 nya~
insyAllah.


A k u . D a n . R a m a d h a n
new artwork aq untuk semua rakan
blogger dan juga blogwalking~ :D
End. salam.

Monday, August 17, 2009

CERPENDEK

CERPENDEK

Salam.
new post utk 14hb 08 09

Kesengajaan aq menaip kisah malam ini,
kerna mungkin esok belum ada kesempatan
utk aq menaip kembali. maknanya mungkin
bz memangjang sampai xle nak menaip. mungkin..

hari sebelum aq memasuki new semester.
sebenarnya da masuk da pun. cume sem panjang
ni U aq buat register time weekday plak.
jadi,yg reg awal cam aq nih..mungkin leh
pulang ke rumah kalau busan stay kat hostel la.

sebelum stat pulang belajar.
aq habiskan byk masa kat kampung..
setelah puas mengonline di shah alam
dan tammat hari kerja ku di sana,
dah xde ape dah.. baik angkat kaki je.
mesti sume anak ayam rindu banget same gue.. :)

so,hari ni agak besh di kampung.
menolong mak membersihkan kawasan rumah
pusaka yg sudah tidak terjaga. sume pokok
aq tebas, xbagi pluang idup..haha~
akhirnya bersih sangat kawasan tu.. :)

jam sekarang 12:49 minit malam,
hujan lebat diluar..
semua makhluk sudah melelapkan mata serta
merehatkan badan yg penat bekerja.
aq plak yg terkial2 mencari idea utk grafik seterusnya.

macam2 aq pikir before masuk bulan Ramadhan ni.
nak kene create grafik baru, ye la grafik utk
hari kemerdekaan, bulan Ramadhan..tapi bila dah
duduk kampung ni, segan pun ade nak pegang PSD ni. :D
hehe~ bukan pe, time rehat..kene la guna sebaiknya~ hii..

aq terus menaip.
merasai keadaan dimalam hari.
yg dicipta oleh Allah s.w.t penuh dengan hikmahnya.
teringat kata ayah, "tidur malam ni lain.."
kalau difikir 6x pun mmg betul.
time ni la sebenar2 rehat yg diperlukan.
xde sape nak ganggu. kecuali nyamuks~ :) hehe..

mungkin ni saje time aq menaip.
mp4 da memanggil2..
cicak kat dinding pun da berbunyi.
agaknya time sleep aq udah sampek.
hope hari esok lebih baik dari hari ini.
sekian dari Aku . Dan . Malam~
salam. :D


Wednesday, August 12, 2009

T h i n g

T h i n g

Salam.

nie bukan lah new artwork.
but ade la baru jugak.
kat Ms, Fs, ngan Fb sume aq da letak.
cume kat blog je blom publish gi..
hehe~

tgk la ye..

Friday, August 7, 2009

P i l i h a n . H a t i



Salam n Salam sejahtera.

Mengapa tajuk pilihan hati pulak ni??

Hehe~ dengan sengaja aq menaip.. :D


Bagi aq, Pilihan hati adalah ’sesuatu’ yang
kita boleh rasa
Kerna ianya adalah kita.
Dan pilihan pula terbahagi kepada
Berjuta2 cabang.
Cthnya Ramai yang suka membuat
Pilihan bukan
dengan rela hati. Tatapi mengharap akan
Seseorang
itu akan tersenyum. Xkisahlah..
Masing2 punya sebab yang tertentu.

Tetapi adakah PIlihan mereka lebih baik

Atau pilihan hati kita yang penting??
Hehe..
Pernah ke terfikir? Mungkin xpernah langsung.
Atau langsung xpenting.

Sebenarnya, memang penting.
Pilihan adalah Sesuatu yang membuat
Kita
lebih selesa dan senang dengannya.
Jika benda tu bukan pilihan kita..

Sah2 kita xnk layan, tengok ape ntah lagi guna.

xkesah la sama ada pilihan itu berkenaan dengan apa..
Oleh itu,hadapilah segalanya dengan HATI yang
Tenang
agar segala pilihan yang dibuat, diberkati.

Eceh~
skian.


Tuesday, July 28, 2009

TEMAN

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna........

PUSING?

serabut

Byk sebab yg menyebabkan kita pusing dan berpusing.
mungkin kerana masalah
dengan pelajaran, rakan, ibubapa,
peribadi
juga sebab yg amat remeh dan xmasuk akal.
yg memusingkan kepala sehingga kita
cepat berputus
asa untuk memikirkan jalan
penyelesaian tersebut.
"Kepala dah serabut
so,baik aq releks jeh." suara yg
keluar
dari kotak hati. eceh~

kemungkinan sahaja. ini tidak berlaku pada semua orang.
ramai rakan blog
juga rakan dari U meminta pendapat
tentang
masalah mereka. aq hanya berikan jawapan
yg sekadar dapat meringankan fikiran mereka
dan
bukan membantu menyelesaiakannya.


hope untuk korang semua dapat jalan penyelesaian
yg terbaik keh. aq OPEN
pintu Bloh nih kalu korang
perlukan apa2.
and dun fuget selain dari aq,
ade lagi yg
patut korang pinta. okeh~ =D

p/s - jgn lupa tuk sokong aq dari blakang juga~ =)


Thursday, July 23, 2009

T a g g e d .


Rules:

1.Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with
16 random things,facts, habits, or goals about you.

2.At the end, choose 16 people to be tagged.

3.You have to tag the person who tagged you.

4.If I tagged you,it’s because I want to know more about you.

salam.
Thx to ara, nice to know more about u.

so,hope apa yg diimpikan
insyAllah
leh tercapai ngan usaha keh~ =D
Sebnanye 16 ni,adelah angka yg besar
bgi
aq untuk menulis tntang diri. Tpi try yeh~

1. Nama diberi oleh Ayah, Nurtaqwa B. Othman.
nama yg agak pelik bagi aq. akan tetapi rasa
bersyukur itu TETAP ADA~

2. ANAk ke-4 dari 6 org beradik.
Xde ape2 kelebihan.tapi
cukup
sempurna.Alhamdulillah~

3. Seorang yg PENDIAM, mmg aq xbyk ckp..
kalau perlu,baru aq akan bukak mulut.

dan dengan sikap yg camnih,ramai cop

aq sebagai "sombongny dia?". nevermine..
janji kita tau sbb kita buat camtu. =D

4. Hm,aq nie jenis yg SUKA sgt tgk
keindahan
alam.cam sawah padi,benda hijau..
sure sume org suke. ngan pemandangan nye~
SubhanAllah~ ^^


5. Seorang yg simple.
ada yg menyatakan
yg aq ini
mmpunyai sikap yg
XDPT DIJANGKA.
ntah la, xpasti pon.

6. xtau knape,aq mmg xleh PANDANG gurl lelama.
paling lambat pon,mungkin 10-30 second.

then aq akan tgk bawah,atas,tepi..huhu~
mungkin aq xlayak tuk pandang kaum hawa nie.
maap ek~

7. Kawan,aq xbyk tapi aq suka berkawan.

mungkin sbb xbyk ckp..mungkin..

dan aq jugak xpandai berbicara.

8. Suke ngan DESIGN n Edit picture.

buat diri kite ade "SOMETHiNG" dan
juga
benda tu buat masa aq xterbuang camtu je~ =D
"sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."

9. If tercapai impian,nk sangat publish
design yg aq dah create untuk diprint
atas sehelai kain bernama BAJU.


10. aq ngan Pc o Laptop,mmg XDPT nk jauh..

byk benda leh buat ngan mesin nih,
kalau
paling jauh pon time tidur jeh..hehe~

11. Xpasti sama ada aq nie sopan atau
lambat.
time makan,sure aq org TERAKHIR mkn.

ade yg kate "taqwa..kitorang balik dulu keh.

esok kitorang jemput." eheh~ kejam btol.

12. aq jugak jenis yg suke BERJALAN.
pi sana,pi sini.syok Ooo..nikmat berjalan

itu sesungguhnya bebas tanpa batasan.

13. Skng blaja di Universiti Industri Selangor.

amik cos Dip. Ind. Multimedia
dan ade angan2
utk menjadi seorang yg
PRO dalam
GRAPHICS DESIGNER.


15. Universal dalam pemilihan LAGU.

nasyid mmg menjadi pertama dihati.
lagu korea plak sesuai time masuk tidur. =P

16. Lastly,Dalam proses memperbaiki diri
untuk menjadi seorang LELAKI yg dapat
berdepan dengan org ramai tanpa rasa
SEGAN
bagi tujuan tertentu bagi memajukan
diri
serta dihormati.

bagi rakan yg mahu tag inih~
trus buat okeh..^^
salam ukhuwwah~


Wednesday, July 22, 2009

TWINBIRD~

Salam Ukhuwwah~
post 22 July 09

Salam~
Skian lama xpost new grafik yg telah lama aq create.
skng baru ade kesempatan utk aq share ngan sume.
setiap orang pun ade something yg mereka suke buat
ime
lapang or time mood tu datang kan.

so,same la ngan aq.
akan tetapi ade segelintir rakan yg menegur.

katanya,kalau nk dibandingkan graifk aq ngan yg dulu,
agak lain.
trima kasih tuk comment itu.
aq akan coba melihat kembali
apa yg dimaksudkan oleh
nya. okeh~

New grafik nih, title yg diberi TWINBIRD.
kalau korang tgk,korang tau rasenye nape aq letak
title dia cenggitu.
sume material ade lah same.
so agak senang utk dibuat dan aq ade
letak sedikit word tuk
mengingatkan diri sendiri. Just Trust Your Art~
hope this post leh bantu korang dapat ilham tuk apa
jenis kerja yg
korang sume ingin kan =D
yang penting kepercayaan pada sesuatu
yg dilakukan.
also se
ntiasalah bertawakal padaNya.

TWINBIRD

Saturday, July 18, 2009

Nur Kasih

salam Ukhuwwah~

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney.


Kisah cerita ini, amat menarik minat untuk aq menonton dan terus menonton. walaupun pada
mulanya, mmg 1st episod aq teringin nk tgk.. tapi, xde jodoh gi.. akhirnya, jalan
penyelesaian bagi budak IT seperti aq adelah dengan mendonlot je cerita ini~ ehehe..

Selain tonton dan terus menonton, aq sangat berminat dengan cara Shoot oleh krew2 penerbitan cerita ini. kalau xsilap, pengarah cerita Nur Kasih ini arahan Kabir Bhatia. sama dengan arahan Film Sepi. Cerita yg ringkas, padat dan senang tuk difahami. angle kamera sangat cantik dan nampak laen dari yg laen. Mmg sangat memuaskan hati. Moge Teknik pengarahan beliau terus meningkat, dan dapat menghasilkan cerita2 yang lebih menarik pada masa akan datang. dun fuget to tonton k. =D

Skian~


Nur Kasih


Award~


salam Ukhuwwah~
thx to ara.
perkenalan yg tidak begitu lama, akan tetapi diri ini rasa
bagai sudah lama mengenali. orang nya yg begitu bersahaja. ^^

apa pun time kasih yeh.. =D
this is my first Award for this year.
kemaafan juga dipinta pada semua,
kerna ketidak aktifan blog ini untuk beberapa bulan.
hope jika sy lupa diri anda, ingatkan lah okeh? =D
setiap insan itu, pasti ada sifat kekurangan.

semoga ukhuwwah itu sentiasa ada

skian..salam.

No idea

salam Ukhuwwah.
new post aq utk 18-7-09~

idea utk menghasilkan design2 baru semakin hilang.
mungkin kerna kesibukan dengan study je.
mungkin juga kerna aq ni byk sgt berpikir..??
atau byk buang masa utk perkara2 yg xberfaedah..??

sebnarnya,xdpt dinafikan..
aq sering memikirkan bagaimana dengan study aq,
adekah bejalan lancar?atau sebaliknya..
dpt ke aq kerja ngan hasil kerja aq ni??
camna utk dapatkan duit lebih, dan juga berkaitan dgn cita2..
semua students pasti ada terpikir apa yg aq alami ni.
apa yg dpt aq lakukan.hanya beristiqamah
dan yakin
dengan apa yg aq telah jalani sepanjang berada
di sini.

jadi,idea utk menghasilkan design ini pun tercetus.
hope nikmat yang dikurniakan keatas diriku, terus membuahkan
pelbagai lagi hasil yg memuaskan..
skian.



Friday, May 15, 2009

art + work


Sudah lame Pic ini dihasilkan.
but,baru sekarang ada kesempatan untuk dipostkan.
aq dapat hasilkan Picture Manipulation ni pun agak kebetulan.

tak banyak Picture Manipulation yg aq cube buat
dapat sebijik cam yg aq nak.Sume lari dari fokus

aq,mungkin xde idea lagi.Uhuhu~
Bagi mereka2 diluar sane yg 'Pro' dalam Picture Manipulationdan
pada mereka2 yg mahu memberi sedikit Kritikan membina
untuk insan yg lemah ini,sila la ye..


P/s : aq perlukan advise =D

Program Bina Insan~

Cuti mana yg xbest.
sume cuti best rite?
baru 1week aq stat cuti,ade pulak panggilan sesatdari ustaz.
Katenye nak invite aq ini join program yg dia dapat.
huhu~ jadi Fasilitator katenye.telah beberapa kali aq cuba menolak,
akan tetapiustaz ni seakan2 terdesak..
lalu dengan rasa hormat pada Lecturer..aq pon agree untuk join.
Program ini agak best. kerna aq dan 7 lagi rakanku,
akan menjage budak2 yg berumur 12tahun. adeii~
kedegilan mereka2 ini cam aq gak time kecik2 dolu.
mmg susah nak mendidik.Sian pade guru2 zaman kecilku.. hehe~
2hari jeh..tapi penat sgt2!program ni dibuat dekat Masjid besar Kuala Selangor.seramai 84 budak nakal yg join. =D
tapi kenangan dengan mereka2 ni xdapat nak lupa~
hope korang sume dapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR k!aminn..

Permulaan.

Satu proses permulaan.
bagi aq,harus ambil peluang ini untuk melihat sejauh mana diri ini mampu pergi dan
berani mengambil tindakan yg akan mematangkan diri sendiri.


untuk mengejar cita dan angan, kite mesti mulakan dengan benda yg 'basic' untuk
melihat 'pasaran' di luar. Dengan itu,aq telah agree dengan pelawaan rakan
Universiti ku untuk Create satu poster bagi Bidang koko nye. Diorang telah create satu teater yg berjudul 'Kerusi'. Kebanyakan teater yg dibuat, banyak diambil dari buku2, tetapi Cerita yg akan dipentaskan ini, 'dicipta' sendiri oleh mereka.



P/s : Tahniah untuk korang sume! hope aq leh tgk lagi hasil kerja korang~ xD

Salam Ukhwah.

Salam Ukhwah.

agak lame gue xmengepost..kerna agak sibuk bagi gue pada sem ini.
mungkin sem ni agak taff..
kerna semua bidangmemerlukan komitmen yg tinggi.
alhamdulillah,akhirnya.. semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik.

banyak yg ingin diceritakan,bekongsi cerita..kisah suka dan duka.. ahaks! =D
ini saje untuk kisah pembukaan gue.
hope Sentiasa ada kesempatan di dalam kesibukan~

Saturday, April 4, 2009

Friends Awards

khas aq buat untuk kengkawan bloger aq.
xkisah la korang cume singgah atau follower aq.
atau friends list aq.terima lah award yg di bikin oleh aq sendiri.
hope korang suka yee~ ^^


Nah list tuk penerima Award nih..
-List Friends
-Followers
-tetamu yg menyinggah
-kengkawan yg kukenali

skian saje~ ^^

Tuesday, March 31, 2009

Pagi yg gelap~


salam~
sedikit cerita di hujung minggu. 29hb mac 09.
jam 6.45 pagi selepas selesai solat subuh.

kami berdua memulakan langkah untuk berjogging. mula memanaskan badan dengan berlari dekat ngan taman sendiri.

then habis round taman sendiri, kami pon start la menuju ke next taman jarak dalam selang 3-4 taman.

belum lepas pon taman pertama,nmpk la bayang dalam 4 ke 5 ekor anjing yg agak liar kot. ye la time tuh cuaca agak gelap sikit. kitorang pon,terus je la berjoging.konon anjing tu xkacau r..

best2 sembang mase depan,top. top. anjing yg memang! liar tu pon kejar kitorang! haha~ padan muka. ape lagi.tak cukup tanah la kitorang lari. uhuk2.. penat tuh. baru je panas badan,da kene lari pecut. memang betol la anjing tu. kacau tol..

tapi..bende remeh camni,tak leh nak patahkan semangat kitorang pepagi buta camni. ngeh3~
patah la balik umah kejap pi amik moto. kahkah~ ^^
sampai pon taman yg kitorang nak pi tuh, then terus buat apa yg patut. hehe~ tu la peristiwa di subuh hariku. sekian. ^^

Monday, March 30, 2009

KL DESIGN WEEK '09 (KLDW09)


KLDW merupakan acara yang julung kalinya akan diadakan di Kuala Lumpur bagi memberi satu platform kepada para designer di Malaysia (khususnya di KL) berkongsi idea. Ianya akan menjadi acara tahunan terbesar International Design Event yang diadakan di Malaysia.

KLDW akan berlangsung daripada 27 Mac sehingga 4 April 2009 di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat pameran, ceramah, forum, dan konferens.

Penganjur juga akan membawa designer terkemuka daripada luar negara untuk berkongsi pengalaman dengan mempamerkan dan membincangkan hasil-hasil kerja mereka. Diharapkan para designer tempatan dan juga peminat rekabentuk di Malaysia dapat hadir, selain memberi sokongan kepada acara ini dapat juga menambah ilmu di dada.

InsyaAllah, Sifoo.com akan menganjur YumCha! KLDW untuk ahli-ahli pergi ramai-ramai ke sana.

FAKTA KLDQ
Tarikh:
27 Mac - 4 April 2009

Web Rasmi:
http://kldesignweek.com

Acara:
// Super Motion
// 28 Mac 2009
// MATIC, Jalan Ampang

// Maximum Minimalism Conference
// 29 Mac 2009
// KL Convention Centre, KLCC

// Forum - Deconstructing Cities of Design
// 30 Mac 2009
// MATIC, Jalan Ampang

// Master Class 1: Chris Bosse & Troika
// 30 Mac 2009
// MATIC, Jalan Ampang

// Master Class 2: Heath Nash & Nathalie
// 31 Mac 2009
// National Art Gallery

Credit by Sifoo.com

Final Projek ll


Salam for da second time~
berminggu2 yg lepas,aq sudah pun post grafik untuk final projek kan? yg warnanya pink color tuu.. then hari nie.. aq post satu lagi hasil yg tak berapa menarik. korang sume pon boleh menilainya.
World IT. yg nie plak versi green~

Dunia.Grafik Using Ai

Salam to all~
hmm.. Hari nie, saje nak share grafik yg baru aq hasilkan. first tengok, mesti ade yg rase senang nak buat rite? tapi memang senang kalau pandai guna Ai, iaitu Ilustrator. Then kene copy pastuh terus paste kat PSd (adobe photoshop). nak senang lagi.. tarik je masuk kat PSd tuh. hehe~

agak susah dalam pembuatan nih,time nak create tulisan tuh. hoho~ Original font tu.. xde donlot mane2, ikut kreativiti la sebenarnya.. hehe~
g-r-a-f-i-k, word tu lah yg aq create. kalau ade yg xnmpak.. huuu.. pendek umo.. hehe..

Tuesday, March 17, 2009

DuniaIT

DuniaIT

one more times!
hehe~ so,ni plak salah satu hasil keje utk projek yg akan aq hasilkan daripada subjek yg aq amik kat U. Grafik ini akan menjadi interface yg terawal utk website kami, atau bersama my partner.
tugas aq hanya mendesign dan buat la pape yg patot bagi menjayakan tugasan akhir ini.
kire ini adelah first step la.. eheh~ ^^

utk hasilkan grafik ini, agak senang.. tapi korang kene ada Ai dulu baru leh dpt output cenggini..
coz korang kene import daripada Ai ke PsD. then korang leh ikur tutor or create grafik ini dari korang nye brain sendiri~ =D skian shj karangan ku.. eheh~ =P

Grafik + Aku

salam to all.

hari nie, aq agak kelam sikit coz banyak benda berlaku tanpa diduga..
huhu~ letih pon ade.
tapi Biase la tu kan, kate student..

saje aq post grafik yg dah lame bersarang dlm fail Pc aq.
Ni je la time utk aq post. pi Lib kat Kampus,
then luang masa skit kat sana. hehe~


ni grafik ke 2, continue daripada yg kat atas tuh.
sangat la simple. so korang sume pon boleh je kalau nk buat. ^^

Friday, March 6, 2009

dunia 3D

dunia 3D

salam.
grafik nie baru je siap mlm tadi. oleh kerna xle nak tido. aq berjage sampai jam 5.
mentang2 pagi ni xde clas. sesedap je nak tido kul bape ek taqwa.. hehe~ ^^
first aq buat kat Ai, then baru convert ke PSD. sbb kat psd xde 3d ma. phm? baguss.

Buat Hari Mendatang

Buat hari mendatang

Aq sentiasa menungguMU

Kate orang, KAU pasti datang

Kerna KAU telah ditetapkan olehNYA

reflection

reflection

reflection yg dimaksudkan ada pada cermin bangunan, bagi yg memahami pasti paham. tak paham gak. buat2 paham je. semua ni adalah brush, nmpk seakan2 real rite? kalo anda nk menghasilkannya, hanya perlu main pada blending mode je k.

Tag 09'

Tagged by awekclunk

rules untuk blog aku plak??
err.. kalo suka, komen tanda penghargaan..kalo tak suka, aku tak rugi pun..
nie awekclunk punye k.

lame da xkene tag nih,semenjak bz giler ngan sem nih~
so hari ni aq free,jadi aq buat la. aq try ek awekclunk.


senarai rules aq~
1.amat penting utk kamo3, beri salam dan tinggalkan ur link
utk aq jengok kamo3 plak. wokeh~ hehe.
2.korang HARUS komen kalu da tgk grafik aq. hehe~ saje nk tunggu keje sendiri kene kutuk. haha!
peace aman gaza!


7 Fakta Tentang Aku

1. aq seorang laki pemalu~ kahkah!
2. bapak la suke ngan grafik. sesape cam aq,kite leh share k.
3. aq sayang sgt ngan famly aq. also Allah.
4. minat gak tengok cite korea. tapi xde la kipas susah mati.
5. paling minat ngan team nasyid nowseeheart. tapi skng diorg da senyap la. huhu~
6. aq xsuke menunggu! bapak bosan! penantian satu penyiksaan! haha~
7. seorang yang poyo. bak kate lecturer aq, tapi baik dan sopan sebenarnya~ ahak. =D

6 unspectacular Pada Aku

1. aq xkan tegur pompuan kalu dia xtegur aq dulu.
aq xtau knape! huhu~ jgn tny.
2. aq jenis org yg cool, walaupun kekadang asgmnt belambak xsiap,diorang benci tgk keadaan aq yg rilek je. tapi sampai clas je,tetibe da siap! haha~ mmg power kn.
3. aq boleh xmkn, perut aq nih jenis kalis makanan.
tapi, kalo da lapa.. jgn di tegur.. haha!
4. aq ni sensetip skit, jadi ofkos cpt marah. tapi aq lebih suke tahan. Tarik napas... lepas.. hehe~
5. sebenarnye friendly, tapi kalo yg xknal.. aq mmg sombong!
sombong segan.. hehe.
6. aq suke tido!

Mangsa tag > kamo! haha~ senyum2.. buat huhh.. utang phm! ^^