Sunday, August 1, 2010

Kehebatan Ayatul Kursi.



Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam

perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan

yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang
yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat,

berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa

takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong

itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa
ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca

ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu

bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam
muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah
dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki

yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih

yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan
selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki
tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut

walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat
sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan
perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that

night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw

two young man walking with you.
One on your right side and the other one

was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang
lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu,
sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar

penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut

segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan

memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup
aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu
adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga

hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
llah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata
rang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari

kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

P/s : perkongsian dari FB.
Smile. :)

4 comments:

aniS.Kye said...

Salam en. taQ0.
ha ye..
penah bace cite ni dlm satu surat kabar..
hmm..
senjata mukmin yang kuat..

i Pakcik Zharul said...

thanks share taqo :)

Norziea Jia said...

salam..cerita yg sngt menarik, dpt bnyk pengajaran dari cerita ni :) ..mohon tuk sy post kn kt blog sy ek :)

taqO said...

anis - salam.
ouh? ade ke?
surat kabar? terbaik!

azs - sesame~ :)

Norziea afiqah - boleh,
apa salahnya. silakan. :)