Wednesday, September 30, 2009

AWARD TO ALL~


Salam Ukhuwwah.

Lama sudah tak terima AWARD dan TAG.
Terima kasih buat Teman belog yang
memberi iaitu Cik Ara. Sy cube buat k.
semua jawapan ini adalah TANGGAPAN sy saje.
jika salah minta di tegur.

Soalan Pertama,
kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award.

> Mempunyai Peribadi yang baik dan berpendirian tetap.
> Suka akan seni grafik.. (betul ke? huhu..)
> Mungkin seorang yang aktif dan gila2? hehe. =)
> Suka melihat keindahan Alam ciptaan Ilahi.
> seorang yang boleh dibuat Teman semasa susah atau
senang. insyAllah.


Soalan kedua,
kena nyatakan 10 fakta diri sendiri.

> Adalah insan yang simple.
> Suka sangat dengan grafik.
> Juga seorang yang sukar diramalkan. betulkah? =)
> Pilihan lagu semasa tidur adalah nasyid. layan Ooo.
> MUNGKIN seorang yang cepat bosan dengan sesuatu
yang kurang diminati.
> Suka stay kat rumah dari keluar. (kalau ajak keluar,on je..)
> Sangat suka tengok Bintang.
> cerita yang best ditonton mesti banyak action n Effect! kire guna teknologi CGI la. macam Transformers.. =)
> Agak pemalu orangnye. tapi kalau u all tegur dulu insyAllah sy
akan beri yang terbaik. :D
> Suka dengan imej yang simple but smart. =)


Beri award ini kepada 10 orang dan describe mereka:

Cik Kyla > Seorang sahabat yang sgt baik
Cik Usna > Sangat tinggi Orangnye~ =)
Cik Nazra > Sangat aktif dalam penulisan Belog.. idea byk nih.. =)
Cik Fifie > BeBakat besar cipta POEM.. hehe~


Org ke 5 dan seterusnya adalah sesiapa yang berminat
untuk amik award n Tag nih. amat di alu2 kan.

Sunday, September 27, 2009

Pena.Syawal~


Salam Ukhuwwah.
Seminggu cuti sudah pun tamat.
kini kembali menjadi student semula. =)
bagaimana pun,kepuasan itu disambut
dengan kesederhanaan. alhamdulillah~

Tahun ini xbanyak rumah untuk berkunjung.
kerna ramai saudara mara betandang ke rumah.
almaklumlah ayahku sudah menjadi veteran.
tapi kalau sekali pandang..xmacam veteran pun.
"Darah Orang Muda" katanya (ayahku).

Jadi tahun ni..kami adik beradik
ramai2 jadi pembantu yang amat setia
pada ayah dan ibu. eheh~
syukur sangat bila tiba Bulan syawal ni.
ramai sanak saudara yang berkumpul.
dari yang xkenal..tetiba je
"Ni la Saudara Kite.." pastu.. baru la..
laaa..ye ke.. eheh..

Kekadang ada yang sampai xnak keluar
besalam dengan tetamu. segan xbertempat
betul. Ehehe.. tapi! bukan sy.. =D hihi~

banyak lagi cerita yang best
jadi time Syawal tiba ni.
semua pasti ada cerita yang tersendiri.
tapi cerita ini harus di minima kan.
bukan xnak berkongsi. cume hadkan
penulisan. takut panjang sangat.
dan takut korang bosan baca entry yang
kurang menarik ini.. uhuhu~

Akhir Sekali, diri ini ingin
sekali lagi Memohon Maaf pada rakan
blogger juga pada semua yang melihat belog ini.
agar tidak terasa dengan penulisan yang
dibuat. kerna diri ini amat kerdil dan sering
melakukan kesilapan. Maaf zahir Dan Batin~

Tuesday, September 15, 2009

Satu Untuk Semua~


salam.
Terasa nak buat KAD RAYA utk
rakan belog pulak tahun ni.
so, aq da siapkan 'Satu Utk Semua'
hehe..semua dapat, yang sama pulak
tu..jangan mara ek.. =)

Kad Raya ni KHAS utk KOrang semua.
rakan follower aq dan juga mereka yang
kaki Blogwalking. Terimalah Seadanya ye.. :D
amik la kalau sudi.

Dengan Ucapan :
Selamat Menyambut Hari Mulia,
Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir Dan Batin.
sekiranya pernah dengan
sengaja atau tidak aq telah
melukakan atau menyakiti hati
korang semua. Disini ingin
aq hulur 10 jari + mohon
kemaafan. 0-0 ye.. =)

p/s: makan lemang
jangan lupa aq ek.. eheh. :D

Saturday, September 12, 2009

kenapa Dulu Lama??

salam.
Dalam perjalanan ke masjid beberapa hari lalu
telah membuat aq teringat akan kisah
tika aq pernah menjadi budak dulu.

Dulu aq xla liat nak puasa
cume masa tu, (fikiran budak2)
kenapa la dulu lama sangat bulan puasa ni.
tapi semalam. Tetiba otak ini terlintas
dengan satu fakta biasa. Mengapa zaman

ini pejam celik je dah 10 malam terakhir
ramadhan. huhu..sedih.



Tetapi..Alhamdulillah.
aq rasa bulan ramadhan kali ini.
bukanlah seperti zaman aq cilik suatu
ketika dulu, yang tiada pengisian apa2.
namun diri ini masih lagi kerdil
walaupun pujian dunia sering kali
mengangkuhkan diri. jauhkan sifat itu hendaknya.
mudah2an kelemahan diri dapat diperbaiki.
Kini umur mendewasakan diri.
apa yang terjadi di sekeliling akan aq
jadikan pengajaran. memang banyak yang
kita dapat bila hidup dalam dunia kampus.
kita akan dapat banyak SAHABAT.
dan juga akan kenal banyak KAWAN.
walau apa pun yang kita lakukan,
sentiasalah ingat akan-NYa.
skian~

Tuesday, September 1, 2009

Mana Satu Lebih Baik??

WhiteBird

GreenBox

Purple

PENGUMUMAN RINGKAS

Disini ade sedikit kekeliruan..
design yang ingin aq hantar ni mungkin
diterima or xditerima kerna ada sedikit
idea dari student lain yang ingin
menggabungkan idea dia dan idea aq.
bukan xsuka,tapi aq kurang dalam bab ni.
oleh itu. aq rasa design yang akan diterima
mungkin lain dari yang aq post.
so,terima kasih sangat2 kat sume yang da
telibat k. =)


Entry kali ni aq perlukan pendapat korang.
sebenarnya berkaitan dengan projek aq.
benda yang akan dilaksakan selepas cuti raya.
salah satu dari subjek aq pon.
kitorang akan gerak untuk buat satu lawatan.
before that, aq la orang yang kene buat
kerja-kerja belakang tabir ni.

so..
benda ni bukan la urgent. Tapi aq perlukan
pendapat korang sebelum aq hantar benda ni.
korang rasa Design mana satu lebih baik??
benda ni korang yang tahu dulu sebelum
semua student tahu. wokeh?? hehe~
sedikit layanan istimewa..

p/s : pengakuan jujur diperlukan.
terima kasih atas bantuan anda~ :D

btw..selamat berbuka ye.