Friday, April 27, 2012

Gua Dan Wave Putih Ke Lantai. [Part 1]

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Again. Gua berkesempatan up
Lagi post untuk Jumaat seterusnya. ^^
Hari ni mood gua baik, tu yang panjang sikit ^^

Masa kecik gua dulu. Gua kerap jatuh basikal
Gara gara nak cepat pandai. Tapi seingat gua,
Jatuh basikal luka sana, luka sini buat gua
Lagi seronok nak belajar.

Tapi hari ni memang 'masa' gua dah tiba untuk
Ditegur Oleh 'DIA'. ^^ Gua sangat bersyukur
Sebab ditegur, dan 'DIA' masih lagi sayang pada
Gua. ^^

Nak cakap gua berhemah masa memandu, memang
Takde siapa nak pecaya punya. Keke. tapi gua
Memang jenis yang menjaga satu sama lain bila
Tayar gua jejak atas jalan. Tapi hari ni..

Buat 'pertama kalinya' dalam sejarah hidup gua.
Masa mula lampu hijau kelihatan, gua mula rasa
Gelojoh. lalu memejut laju ke selekoh jalan
Dihadapan. Dengan tujuan dapat membeli kopok
Leko untuk juadah berbuka buat gua hari ni. But,
Niat gua disangkal. ^^

Lalu gua bersama wave putih ke lantai. wehuuu!
sakit beb! sakit! memang sakit sangat! Inilah
Pengalaman berharga buat gua. ^^

Sangkaan gua tepat! bila setel je cium lantai.
Gua cecepat nak bangun. Tapi! tapi kaki gua belah
Kiri dihempap dengan wave putih ni. Pastu dan dan
Gua nak alih kaki cenggitu je. Ingat kene hempap
Dengan basikal ke? Keke :DD

Macam biasa, gua senyum sesorang sambil angkat
Wave putih tu menggunakan tulang besi ni dengan
Slamber. ^^

Alhamdulillah. Masih ada lagi orang orang di
Sekeliling kita yang prihatin dengan apa yang
Berlaku.

Umat : Abang.. abang ok ke?
Gua  : Eh.. eh.. abang Ok. ^^
Umat : Nak tolong ke?
Gua  : Eh.. eh.. takpe takpe. (Masa ni gua dah bediri).

Gua mula menafsir keadaan. Kenapa gua boleh jatuh?
Gua teringat kata kata teman gua, mesti hari ni dan
hari hari lepas, gua pernah berbuat khilaf! itu dah
Pasti. Dan ini adalah teguran buat gua. Gua terima. ^^

Dan tafsiran gua yang kedua ni ada jugak benarnya.
Sebabnye ini adalah jalan yang baru gua guna semalam.
Mungkin belom boleh tafsir keadaan bentuk muka bumi
Jalan ni. Pasir pon banyak kat area selekoh tu. ^^

Mula mula rasa macam kekebas sikit Kaki ni. Takde
La sakit sangat. Tapi! bila wave putih mula begerak.
Hanya 'DIA' je tahu 'nikmat kesakitan' tu macam mana ^^

Gua perasan jugak, seluar yang gua sayang ni abis
Koyak. Gua senyum sesorang lagi. keke ^^ Hari ni
Gua memandu dengan keadaan sedikit seksi. haha! :DD
Tapi dari lokasi kejadian nak sampai ke rumah masih
Jauh. Dapat bayang bila luka tu terdedah dengan angin
Yang kuat bila memandu? weeehuuuuu! Sakit beb! ^^

Nota Kaki : Masa menaip post ni, kaki gua masih lagi berdenyut. Dan gua masih lagi memikirkan hari esok. Nak mintak cuti ke tak? nak ke tak? nak ke tak? ^^

4 comments:

aqinara said...

nothing to say except tahniah :P
be more careful la -.-

taqO said...

aqinara - anda kejam! kejam! kekeke ^^ ucapan tahniah anda diterima. terima kasih ^^

Qistina Qibtiya said...

wave putih tu ape? wavelength?
mesti kelakorkan..taq yg control macho jatuh..keh3x..

taqO said...

wave putih tu moto le cik dijah uii.. xkan wavelength buleh cium lantai jalan sesame dgn sy ni huh.. keke ^^

kelaka? hehe. best ok cium lantai. ^^
try lah!