Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kecil Ku

Salam Ukhuwwah.

Teringat semalam bila balik dari terawih,
Ramai betul budak budak. Pakai songkok tapi
Main kejar kejar. Terbaik!. Teringat pulak
Zaman kecil gua time Puasa dulu kala.

Gua memang ingat apa yang jadi masa
Gua chumel chumel dulu. Keh Keh. :D Tapi
Takde la semua. Yang gua remember. Gua kasi la.

Dulu, gua menetap di KL. Masa tu rumah setinggan
Memang bersepah. Kalau cerita pasal kawan kawan.
Memang dah boleh jadi Abang Long masa tu.
Cuma mungkin belum masa. Ha Ha.

Bila ramadhan muncul. Gua yang kanak kanak ni
Buat paham paham gitu je la. Bila mak kate
"Nak puasa tak hari ni?" Gua pun dengan angkuh
reply, "Mesti lah nak mak". :) Hehe.

Satu hari dihari sabtu, gua memang jelas betul
Dengan hari ni. Dulu kalau sabtu pagi sampai
Tengahari cerita kat televisen memang sonok.
Kaler hitam putih tu yang rare! satu keluarga
Gua duduk depan tv. Ohh. kenangan betul.

Nak dijadikan cerita, masa tu ayah baru beli
Peti ais baru. wahh. Gua perhatikan keluarga gua.
Semua nak sumbat dalam peti ais. Sampai gua pun
terikut ikut amalan yang kurang sihat ni. ciss.

Ramadhan keberapa gua dah samar samar sikit.
Tapi masa tu tengahari. Gua ingat. Masa tu
pulak tekak gua ni macam nak mintak something.
Gua tahankan saje. Tapi nafsu zaman kecil ni
gua masih belum boleh kontrol dengan baik.
Jadi gua ke arah dapur untuk melihat lihat
kawasan peti ais baru.

Hm.. Gua ulur kepala tengok line kat depan.
Gua tengok semua macam kene pukau dengan TV
Hitam putih tu. Kompom kurang pahala puasa.
Kembali pada peti ais. Gua buka dengan niat
Nak lihat lihat je. Tapi!. Gua terlihat
Sesuatu yang indah dalam hidup gua masa tu.
Subhanallah. Gua nampak ANGGUR beb!

Niat baik gua dari lihat lihat. Jadi termakan
Pulak. nyum! sedap sangat. Gua tak pasti setan
Mane yang suruh gua buat benda ni. Ada la 2-3
Kali jugak gua ulang alik ke kawasan peti ais tu.
After that. Keluarga gua curiga. finally gua
Tertangkap. Gua insap. Sebagai pengajaran untuk
Masa kecil gua. Gua tak boleh JOIN buka puasa.
Sedih beb time tu gua dipulaukan. Haha. :D
Tapi last last diorang ajak jugak. sebab tak
Sonok kalau bebuka takde gua. Keh keh.

Ok ok. dah la. benda benda indah yang
Gua share ni jangan disebarkan. Malu gua.
Selamat berpuasa dengan penuh ikhlas dan
Juga selamat berbuka pada semua geng blogger.

Salam n Smile.

Nota Kaki : Gambar diatas gua shoot dengan
kengkawan kat Banting.
Di Pantai Kelanang. :)

12 comments:

Cik Kyla said...

ha! kantoi disitu :p
xpose yee... ekeke..
slmt time kecik. :D

taqO said...

cik kyla - Keh keh. selamat yaw.
kecik kecik xpe kot. :D

Cik Kyla said...

ye la. Iman blm kuat lg time kecik..
msti byk cite time kecik mse bln pose ni kn? ada minum air dlm bilik air? :p

taqO said...

cik kyla - Heh, tau xpe. iman nye baru nak dibina. :)

ouh. yg tu kite cite lain kali lah.. lalala~ :D

Cik Kyla said...

Ler cite skg la. dh topik psal bln pose ni.. ekeke :p

taqO said...

cik kyla - ouh. xleh. nanti puase taun depan xtau nak cite ape. heee~

Cik Kyla said...

oh cm tu plk ea? puasa thn ni bkak peti ais. :D bgus die time kecik eh. :D sy x ingat time kecik cm mne.. ekeke..

taqO said...

cik kyla - Haha. bagus? ni perli ke sindiran? ciss. ouh. rasanya cik kyla lagi nakal kot. keh keh.

cik chopu said...

tak malu curi makan. ngeh2

taqO said...

cik chopu - Kah Kah. tu zaman gua chumel lah. ciss. :D

s820 said...

Taqo,
Haha... termakan pulak eh. Terbayang anggur dalam peti sejuk, memang sangat indah pemandangannya tu, tambah2 bulan puasa. Heheh... :D

taqO said...

sab - Hehehe, budak budak kan. mesti lah termakan. xsengaja okai. :D hakhak. serius indah. kehkeh.