Thursday, February 24, 2011

B u k i t . T a b u r

Salam Ukhuwwah

Ini kali ketiganya sy memanjat bukit yg penuh
Dengan keindahan bumi tuhan. Subhanallah~
Itulah ungkapan bila melihat VIEW Bukit Tabur
di Taman Melawati Ini. Cukup memukau anda buat seketika. :)


Sekali pandang umpama berada di zaman Dinosaur.
Ehehehe. Kenapa sy cakap macam tu? sebab..
Kebanyakan artis artis yg menggambarkan zaman dulukala
Itu.. Begini lah keadaannya. kan? kan? Ehehhee~
Setelah solat subuh di masjid berdekatan.


Kami BER-5 sebenarnya sudah lambat untuk melihat
Sunrise. Kerana sesat semasa mencari tempat ni.
Kami mula mendaki pada JAM 7. Dan sampai ke atas
Kurang lebih dalam JAM 9. Ketika ini, cuaca sudah
Agak panas. Untuk sampai ke PUNCAK sebenar, perlu
Berjalan dalam 1-2 KM lagi. Tetapi keadaan tidak
Mengizinkan. Kami berpatah balik setelah hasil
SHOOT yg kami inginkan berada digenggaman. Ehehe~ :)
Take a Look.


Sekian untuk ini.
Salam & Smile~ :)

Sunday, February 20, 2011

D a . M A N S I O N

Salam Ukhuwwah

Bukan sebab bosan asik menembak model
Dari kaum hawa. Tapi sebab saje nak main main.
Hehe, Ini adalah sesi photoshot kaum adam plak. :D


Idea disuarakan oleh rakan sekolah menengah dulu kala.
Mereka ada PORT baik, bermakna tempat yg NICE
Viewnya untuk buat sesi menembak. Rakan sekolah
Dah request, tak boleh nak biar je.. ye tak? Hehe~


Dengan itu, impian ditunaikan.
So, boleh lihat jejaka kacak diatas. Hehe~ :)

Sunday, February 13, 2011

FLY To THE BRUNEI DARUSSALAM PART 2

Salam Ukhuwwah fillah~

OK! Jalan sampai lebam punya pasal, sampai ke
Hotel pun malam. Tapi best! ;D Hehe.. Kami bermalam
Di Hotel yg sesimple jeh. Jurudong Hotel namanya.
1 malam 38 Dollar Brunei. :)





Wah! Hari sabtu sudah. Pagi ni duduk hotel jeh.
Semalam kaki dah lebam + penat, Hehe.. dalam tengahari
Kami ke rumah kazen bos untuk lihat persiapan untuk
malam harinya. Lepas tolong apa yg patut time untuk
amik Chek-El dan Chu-yah pulang dari sekolah. Lepas tu
Terus jalan jalan singgah utk lihat MASJID yg indah di
BRUNEI ni. Kubah pada masjid ni ada EMAS meh. :D
Pergh! bila tengok je. tak pejam mata. Ehehe~





Hari ke-2 ni tak banyak jalan. Banyak tolong
Buat persiapan je kat rumah kak Alai. Then Bila Malam
Jeh. Ramai betul yg datang. Jodoh pon ramai. Ekeke~
Time nak cuci mata dah tak boleh dah. Sekarang time
Kerja! Hehe. Shot sane, shot sini. Memang gelak ketawa
Je dari stat majlis sampai habis. ;P



Time berkemas, ada sorang PakCik ni tegur.
Kamu dah makan nasi katok? huh? nasi? katok?
Apekah? hahha. :D Nasi Katok ni kire macam nasi campur,
Tapi lauknya cuma daging atau ayam bersama sambal.
Memang femes di sana. Harganya 1 Dollar Brunei.

Then sy cakap lah belum lagi. Huh, nanti nak balik
Hotel boleh beli. Dekat depan hotel tu ade jual. 24hour
Lagi.. Hehe. Pakcik tu pon cerita asal usul nasi ni.
Dulu dekat satu kawasan perumahan kat sane,
Atas bukit macam tu lah, tiap tiap malam ada je orang
'Datang ketuk' pintu nak beli nasi tu. Tapi syaratnya,
Kene hulur duit dulu, baru nasi akan dihulur keluar.
Ehehe. Macam seram plak dengar. Keh3. ;D





Dah penat malam ni menembak untuk majlis. Kami pulang
Semula ke hotel untuk membuta. :D
Esoknya Abg Din & Kak Alai serta Kak Mas bawak pi jalan
Tengok Kampung Air. Tengok je. Tak singgah pong~
Then pi makan berdekatan dengan kawasan tu.
Jalan punye jalan dah nak masuk jam 4 ptg. Kelam kabut
Nak setting barang untuk ke MIRI. Kami ke MIRI untuk
Amik Flight ke MALAYSIA. Kalau dari Brunei ke Malaysia
Tiket mahal. So, kene lalu imigresen untuk ke MIRI dan
Terus ke lapangan perbang MIRI. Sebelum pulang ke sini,
Bos bertemu dengan adik nya yg sedang berpraktikel di
Sana untuk send barang yg dipesan. Kami berpisah di
PARKSON Miri. Terima Kasih buat keluarga di Brunei atas
Layanan baik yg diberi. Brunei BEST!! :D



Delay selama 1hour di Lapangan terbang MIRI.
Kami selamat sampai di MALAYSIA jam 1.15 kurang lebih.
Sekian untuk FLY TO THE BRUNEI DARUSSALAM~ :)

Monday, February 7, 2011

FLY To THE BRUNEI DARUSSALAM PART 1

Salam Ukhuwwah Fillah~

Salam rindu. Ecehh~
Saje buat salam rindu, kasi sume sonok sikit. :D
Untuk pertemuan kali ni nak tulis panjang panjang
Sikit. Biar semua bosan.. Ahaks~ ;D


Shot petama bila sampai bumi BRUNEI. HEhe~



Pada 28hb - 30hb Jan yang lepas,terbang sudah
kami berdua ke BRUNEI DARUSSALAM. Untuk ape? Hehe..
Opkos bukan keje main main. Bos merangkap Pengerusi
Creativo Photography telah invite sy ke sane untuk
Shot gambar tunang pasangan BRUNEI juga merangkap
Kazen beliau. Tanpa ragu ragu, sy pong JOIN dengan
Hati yg senang. :P ngee~ Bukan senang nak main
Terbang terbang nih. :P

Berangkat dengan Flight AK262 dari LCCT Terminal 1800.
Fuh! Jalan atas awan stat jam 6.30, selamat sampai di
Bumi BRUNEI dalam jam 9.05 macam tu lah. :)
Disambut mesra oleh pasangan sama kacak Abg Din & Kak Alai.

After sampai jeh, terus bawak pi bandar BRUNEI.
Pi makan makan kejap. Lapoo plak. Ehehe~
Then bincang kejap aktiviti apa lepas nih.
Diorang putuskan, nak pulang dulu. Jumpa ahli keluarga.
Then baru continue pusing pusing BRUNEI. :)





Kedatangan kami di sambut oleh keluarga Kak Alai
Dengan hapy nyeh! :D hehe, Tapi sy ni jenis terlampau
Segan. Jadi kurang lah bercakap nye. ;) hehe.
Jadi Bos aka kazen je lah yg bercerita. :)
After Solat jumaat, kami dibawa jalan jalan semula.
OK! Nak bagitau sket. Kat sini kan mana mana nama
Kedai atau signboard akan ada tulisan JAWI sekali.
Bagus an? :D wallawehh. hehe. Sampai KFC pong ade!
memang terbaiklah! satu lagi info yg diberitahu oleh
Pasangan ni, tak payah la nak jengok cari bangunan
paling tinggi. Sebab bangunan kat sini takde pong
yg tinggi. Hehe.. Yang paling tinggi kat sini adelah MASJID. :)
Superb kan! ;D







Malam pulak, kami dibawa ke satu kedai makan.
Jum makan ambuyat! Haha! penah makan tak? :DD
Hehe. Kalau tengok sekali macam kanji. Then bila dengar
Cerita plak, benda ni dibuat dari sagu. ;) cara makan?
Telan terus! tak payah kunyah! Haha. tekejut bila diorang
Cakap macam tuh. keh3. :D then ada la lauk nya. Bila dah
Telan benda tu yg dicicah bersama sambal tempoyak + macam
sambal belacan. Hehe. Sebenarnya sy ni TAK PERNAH pon
makan tempoyak. Bila dan cicah nak dekat DUA BELAS KALI
Baru tanya, diorang kata ada campur tempoyak sikit.
Terus dah tak cicah!! Hahahaha. :DD Bila balik rumah
Kak Alai abis kene gelak dengan family diorang. Keh3..
Segan betul! ;P

Kalau ni je untuk PART 1 buleh? ehehe~
salam & smile wokeh! ;D