Kesinambungan untuk 'post' yang lepas. Keadaan yang sebenar apabila gua Tergementar adalah kerna gua gigil Bila pertama kali gua hampir terlibat Dengan kes mahkamah. Huhu~
Gua pendekkan cerita la. Gua berkeras Untuk langgar kontrak dengan tempat Gua kerja atas sebab sebab yang SANGAT Munasabah. Then. Gua diugut untuk Diambil tindakan mahkamah. Jadi oleh Sebab ITU. Gua sangat lah tergementar. Benda 1st time jadi kan. huhu~
Buat masa ni gua masih belum tenang Walaupun dah selang 3minggu berlalu. Rasa takut gua masih belum hilang.
Jadi, korang rasa benda ni dah finish. Or something gonna be happen later? Share pls. huhui~
Minggu ni minggu yang sukar buat gua. Gua tergementar sendirian. Sekalipun mereka melihat gua ketawa, Bergurau riang seperti tiada apa yang berlaku. Namun gua saje yang Tahu. Segala nasihat dari pihak keluarga dan jua rerakan gua terima.
Ok gua sambung cerita dari post itu hari ye adik adik.
Hari yang sangat rilex gua rasakan. Iye lah, dapat goyang kaki macam Anak ketua kampong.
1week dah sakit asik kene hentam Kat opis. Dekat Kampong lah masa Untuk hilangkan segala tension. Ouh! yeah! kehkehkeh.
Lepas dari kenduri kecik kecik tu. Esok pagi semua buat buat rajin Nak pegi pantai. Nak layan udara Segar Kata diorang. Gua iyekan ajeee. Tapi syiok pulak layan udara segar Kat pantai time pepagi nih. kool~
Ada dua tiga gambo yang dapat gua Snap. Take a look. :)
Nota Kaki : Buat petama kali anak buah gua hirup udara segar kat pantai. Untunglah jadi baby. :'>
Hari hari lepas adalah hari yang Memenatkan. Beruntunglah bagi mereka Yang selalu mengingatiNYA. uh.
Salam Maal Hijrah buat semua umat Manusia yang beragama islam. Tika Hari itu tiba, telah pun tertutup Segala cerita lama dan terbuka satu Buku baru buat kita. Maaf sebab baru Nak UP post ni. Ni pun gua main Cilok cilok dengan masa yang ada.
Untuk hari tersebut. Kami satu Keluarga menyambutnya dengan baik. Dengan kehadiran keluarga baru. iaitu Akak ipar juga Abang ipar, jua tak lupa Pada Tengku Asyraf Saifullah. :)
Kami adik beradik ada terpikir Untuk sambut meriah hari tersebut Dengan membawa parents keluar. Tapi Setelah mendengar idea yang lebih Baik dari ayah sendiri. Kami ikut.
Ayah plan buat kenduri kecil kecil. Buat dekat rumah lebih meriah. Dengan Sumbangan dari setiap orang. Semua Bejalan dengan baik. Alhamdulillah. Gua dapat lihat setiap air muka dari Wajah mereka.
Doa penutup dan Pembuka untuk Lembaran baru tidak kami lupakan. Ayah sebagai leader hari tersebut.
Semoga gua dan juga semua jemaah umat Islam boleh berubah. Tak kira berapa Lama masa yang diambil. JANJI kita CobaUntuk merubah.
Gua petik dari iluvislam, "Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun SOLAT akan berjaya menjadi BENTENG kepada amalan keji dan mungkar."
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah.
Nota Kaki - Doakan gua berjaya merubah Diri pada yang lebih BAIk kawan kawan. :)
"Jika org bertanya apakah kamu cinta kepada Allah SWT,mka hendaklah kamu diam kerna jika kamu kata,"Aku tidak cinta kpdNYA,"kamu kafir dan jika kamu brkata,"Aku cinta,"maka perbuatanmu berlawanan dengan katamu."