Friday, May 11, 2012

Kerteh, Terengganu

Salam Ukhuwwah.
Click Pada Gambar Untuk Lebih 'Gedi'. ^^

Minggu lepas selesai buat job di Kerteh sana. Alhamdulillah semua jalan dengan baik.
Cuma masa yang kami perlukan untuk buat outdoor sedikit terganggu. Pengantin ada
Cakap ini bukan pantai kemasik. Pantai kemasik depan lagi. Jadi kami pon layan je tempat yang mereka suggestkan ni. Bila sampai je kawasan ni. Gua tergamam. ^^ Subhanallah. Sangat santek oke!! ^^ terus setting kamera. Weeehu! sampai lewat petang baru habis shooting. Masa kerja tamat.


Masa perjalanan balik pada esok harinya. Kami ber-4 terjumpa Pantai kemasik yang pengantin cakap semalam. Dalam Hati gua, kenapa la diorang tak bawak kitorang pi sini untuk shot outdoor!!HAHA. masa tu gua geram sangat!


Jadi, untuk buang balik sifat -ve gua. Gua shot gambo sendiri and kekawan. Weeee!! Ok dah selamat layan gambo. ^^
Nota Kaki - This week sahabat universitas gua merangkap housemate akan buat majlis bertandang. Gua jadi OP. Kawan punya pasal. Hehe ^^

Friday, May 4, 2012

Kisah Awan


Salam Ukhuwwah Fillah.

Again.
Masih berkesempatan untuk jumaat ni. ^^ So,this week gua simpan cerita. Nak post Gambar pulak. Ni gua shot depan rumah. 
Masa tak tentu. Kalau masa tu ada cuaca yang baik, awan yang cantik. Gua pekena 2-3 shot. ^^ 
So ini adelah sebahagian daripadanya. Sila 'rasa dengan jiwa' bukan dengan mata. ^^
{ Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. }
(An-Nur 43)

Nota Kaki : Malam ni jam 9 gua bertolak ke kerteh untuk keje keje menembak. salam perantau. keke ^^

Sunday, April 29, 2012

Gua Dan Wave Putih Ke Lantai. [Part 2]


Oleh kerana ini Part 2, Jadi tak perlu tunggu 
Hari jumaat. Hee ^^

Dalam keadaan 'macam tu' gua masih gagah
Untuk terus pulang. Gua hanya mampu gigit
Bibir tanda gua menahan sakit. weee! ^^

Alhamdulillah, lepas sampai rumah je
Terus gua check keadaan wave putih ni.
Takde yang serius kecuali pada satu dua
Tempat sahaja. 

Lega sungguh bila boleh salin pakaian.
Cecepat gua besihkan luka. Takut nanti
Kering darah tuu, susah pulak nak tanggal.

Satu lagi kombinasi yang tebaek! ^^
Air + Luka! Weeehuu! Mengalir air mata
Beb! Hehe. sakit dia sampai teduduk.


Setel je besihkan tu sume, gua terus
Siapkan juadah berbuka. Nak beli kepok
Leko tak kesampaian. Nak beli char kuey teow
Pon tak jadi. hurmm.. megi la jawabnye. hee ^^

Ngam ngam siap je masak, azan berkumandang.
Gua senyum lagi tanda sonok. Walaupun gua
Jatuh macam nangka busuk. Gua PASTI! ada 
Hikmah disebalik segala yang terjadi. ^^



                                                        Sumber : Google

Nota Kaki : Bahagian kiri kaki gua sahaja yang terlibat dalam post kali ni. Lagi lagi dibahagian lutut yang koyak. Memang 'sedap' nak layan  duduk antara dua sujud ni. Hehe ^^ 

Friday, April 27, 2012

Gua Dan Wave Putih Ke Lantai. [Part 1]

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Again. Gua berkesempatan up
Lagi post untuk Jumaat seterusnya. ^^
Hari ni mood gua baik, tu yang panjang sikit ^^

Masa kecik gua dulu. Gua kerap jatuh basikal
Gara gara nak cepat pandai. Tapi seingat gua,
Jatuh basikal luka sana, luka sini buat gua
Lagi seronok nak belajar.

Tapi hari ni memang 'masa' gua dah tiba untuk
Ditegur Oleh 'DIA'. ^^ Gua sangat bersyukur
Sebab ditegur, dan 'DIA' masih lagi sayang pada
Gua. ^^

Nak cakap gua berhemah masa memandu, memang
Takde siapa nak pecaya punya. Keke. tapi gua
Memang jenis yang menjaga satu sama lain bila
Tayar gua jejak atas jalan. Tapi hari ni..

Buat 'pertama kalinya' dalam sejarah hidup gua.
Masa mula lampu hijau kelihatan, gua mula rasa
Gelojoh. lalu memejut laju ke selekoh jalan
Dihadapan. Dengan tujuan dapat membeli kopok
Leko untuk juadah berbuka buat gua hari ni. But,
Niat gua disangkal. ^^

Lalu gua bersama wave putih ke lantai. wehuuu!
sakit beb! sakit! memang sakit sangat! Inilah
Pengalaman berharga buat gua. ^^

Sangkaan gua tepat! bila setel je cium lantai.
Gua cecepat nak bangun. Tapi! tapi kaki gua belah
Kiri dihempap dengan wave putih ni. Pastu dan dan
Gua nak alih kaki cenggitu je. Ingat kene hempap
Dengan basikal ke? Keke :DD

Macam biasa, gua senyum sesorang sambil angkat
Wave putih tu menggunakan tulang besi ni dengan
Slamber. ^^

Alhamdulillah. Masih ada lagi orang orang di
Sekeliling kita yang prihatin dengan apa yang
Berlaku.

Umat : Abang.. abang ok ke?
Gua  : Eh.. eh.. abang Ok. ^^
Umat : Nak tolong ke?
Gua  : Eh.. eh.. takpe takpe. (Masa ni gua dah bediri).

Gua mula menafsir keadaan. Kenapa gua boleh jatuh?
Gua teringat kata kata teman gua, mesti hari ni dan
hari hari lepas, gua pernah berbuat khilaf! itu dah
Pasti. Dan ini adalah teguran buat gua. Gua terima. ^^

Dan tafsiran gua yang kedua ni ada jugak benarnya.
Sebabnye ini adalah jalan yang baru gua guna semalam.
Mungkin belom boleh tafsir keadaan bentuk muka bumi
Jalan ni. Pasir pon banyak kat area selekoh tu. ^^

Mula mula rasa macam kekebas sikit Kaki ni. Takde
La sakit sangat. Tapi! bila wave putih mula begerak.
Hanya 'DIA' je tahu 'nikmat kesakitan' tu macam mana ^^

Gua perasan jugak, seluar yang gua sayang ni abis
Koyak. Gua senyum sesorang lagi. keke ^^ Hari ni
Gua memandu dengan keadaan sedikit seksi. haha! :DD
Tapi dari lokasi kejadian nak sampai ke rumah masih
Jauh. Dapat bayang bila luka tu terdedah dengan angin
Yang kuat bila memandu? weeehuuuuu! Sakit beb! ^^

Nota Kaki : Masa menaip post ni, kaki gua masih lagi berdenyut. Dan gua masih lagi memikirkan hari esok. Nak mintak cuti ke tak? nak ke tak? nak ke tak? ^^