Showing posts with label suaraPHOTOGRAPHIC. Show all posts
Showing posts with label suaraPHOTOGRAPHIC. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Creativo Videographer at Singapore

Salam Ukhuwaah.

Jumaat Lepas gua ke singapore lagi. Join team membe bikin kerja.
This time gua tengok
Full version punya majlis perkahwinan kat
Sana. Kalau nak ikut kudrat tulang besi ni memang dah tak larat
Rasanya. Gua kene cover bahagian photo walaupun diorang dah
Ada OP sendiri. Team membe gua pulak OP untuk Videographer.

Balik pada majlis orang singapore ni. Apa yang diterangkan dan
Apa yang kami lihat
sendiri majlis semua same je. CUMA akad
Nikah satu hari, bersanding dan bertandang disatukan. Ini
Bermakna lepas selesai bersanding dirumah belah girl. Masa yang
Telah ditentukan mereka harus bergerak terus ke rumah belah laki.
Lepas selesai bergambar dengan famly laki laki dan makan beradab,
Mereka akan berpatah balik ke majlis pengantin girl dan buat
Penutup disitu. fuhhh!

1st time ikut cara diorang. Tekejar kejar, Leceh, Penat, Tenaga
Ab
is betul dan macam macam lagi yaw. wahh. Tapi diorang
Punya majlis sangat kool. Nak post gambo tak boleh sebab team
Gua bukan OP. Hurmm, nak cakap simple memang simple. Tapi
Masih punya aura kemewahan gitu. Dia punya katering je sampai
5-6 macam lauk. Ada pencuci mulut. Macam kat hotel. perghh!
Sampai gua pun segan nak makan. adoi.

Finally kami bertolak balik ke sini jam 8 malam. Gua tengok
Team membe ni dah gile
punya penat. Sama la dengan gua.
Masa ni gua 1st time drive luar dari kawasan depan rumah.
Kehkeh! Highway sebelum tangkak sampai la ke ayer keroh.
Walaupun jaraknye takde la jauh mana dan jalan pon lurus je,
Tapi demi nak kasi diorang CAJ balik tenaga untuk drive. Gua
Kasi tekan 160kmj. Hahaha best!! nasib takde abang pulis.
Kalau tidak. abis! abis! ^^ heee..

Nota Kaki : Isnin lepas adelah senin yang sangat lemau.

Tapi puasa sunat gua tatap jalannn. ^^

Friday, May 11, 2012

Kerteh, Terengganu

Salam Ukhuwwah.
Click Pada Gambar Untuk Lebih 'Gedi'. ^^

Minggu lepas selesai buat job di Kerteh sana. Alhamdulillah semua jalan dengan baik.
Cuma masa yang kami perlukan untuk buat outdoor sedikit terganggu. Pengantin ada
Cakap ini bukan pantai kemasik. Pantai kemasik depan lagi. Jadi kami pon layan je tempat yang mereka suggestkan ni. Bila sampai je kawasan ni. Gua tergamam. ^Subhanallah. Sangat santek oke!! ^^ terus setting kamera. Weeehu! sampai lewat petang baru habis shooting. Masa kerja tamat.


Masa perjalanan balik pada esok harinya. Kami ber-4 terjumpa Pantai kemasik yang pengantin cakap semalam. Dalam Hati gua, kenapa la diorang tak bawak kitorang pi sini untuk shot outdoor!!HAHA. masa tu gua geram sangat!


Jadi, untuk buang balik sifat -ve gua. Gua shot gambo sendiri and kekawan. Weeee!! Ok dah selamat layan gambo. ^^
Nota Kaki - This week sahabat universitas gua merangkap housemate akan buat majlis bertandang. Gua jadi OP. Kawan punya pasal. Hehe ^^

Friday, May 4, 2012

Kisah Awan


Salam Ukhuwwah Fillah.

Again.
Masih berkesempatan untuk jumaat ni. ^^ So,this week gua simpan cerita. Nak post Gambar pulak. Ni gua shot depan rumah. 
Masa tak tentu. Kalau masa tu ada cuaca yang baik, awan yang cantik. Gua pekena 2-3 shot. ^^ 
So ini adelah sebahagian daripadanya. Sila 'rasa dengan jiwa' bukan dengan mata. ^^
{ Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya. }
(An-Nur 43)

Nota Kaki : Malam ni jam 9 gua bertolak ke kerteh untuk keje keje menembak. salam perantau. keke ^^

Friday, March 30, 2012

Felda Keratong 4 . Pahang

Salam Ukhuwwah.

Ahad lepas gua join dua rakan untuk buat job di
Felda Keratong 4, Pahang. ALhamdulillah semua
Bejalan dengan baik. Customer tu rakan kepada
Rakan gua ni. Takde la malu sangat nak tanya
itu ini. hee. ^^

Gua rasa ini salah satu perjalanan yang sangat
Letih! sebab gua sorang je yang duduk belakang
Sambil tido. best nyehh! ^^

Mula gerak dari shah alam jam 2.30 pagi.
Sebelum tu diorg amik gua awal, jadi pegi la
Makan ABC femes kat seksyen 2 tu dan uptown
Shah alam yang sesak dan sesak sesak tu. hoho!

Dan ini adalah satu pengalaman dimana buat
Pertama kalinya gua tak mandi! kehkehkhe. ^^
Gerak sabtu malam, sampai ahad pagi. Pagi tu
Pulak terus basuh muka pegi rumah pengantin
Untuk menunaikan tanggungjawab! Hehu!!!!

Nota Kaki : Tak nak cite panjang panjang, Nanti makin banyak pulak aib sendiri keluar ngeh3. Satu lagi, gambo pengantin takde. Tapi Gambo gua ade lah. Ekekeke~ ^^

Sunday, December 4, 2011

Salam Maal Hijrah Vol.2


Ok gua sambung cerita dari
post itu hari ye adik adik.

Hari yang sangat rilex gua rasakan.
Iye lah, dapat goyang kaki macam
Anak ketua kampong.

1week dah sakit asik kene hentam
Kat opis. Dekat Kampong lah masa
Untuk hilangkan segala tension.
Ouh! yeah! kehkehkeh.

Lepas dari kenduri kecik kecik tu.
Esok pagi semua buat buat rajin
Nak pegi pantai. Nak layan udara
Segar Kata diorang. Gua iyekan ajeee.
Tapi syiok pulak layan udara segar
Kat pantai time pepagi nih. kool~

Ada dua tiga gambo yang dapat gua
Snap. Take a look. :)

Nota Kaki : Buat petama kali anak buah gua hirup udara segar kat pantai. Untunglah jadi baby. :'>

Thursday, December 1, 2011

Salam Maal Hijrah Vol.1

Salam Maal Hijrah

Hari hari lepas adalah hari yang
Memenatkan. Beruntunglah bagi mereka
Yang selalu mengingatiNYA. uh.

Salam Maal Hijrah buat semua umat
Manusia yang beragama islam. Tika
Hari itu tiba, telah pun tertutup
Segala cerita lama dan terbuka satu
Buku baru buat kita. Maaf sebab baru
Nak UP post ni. Ni pun gua main
Cilok cilok dengan masa yang ada.

Untuk hari tersebut. Kami satu
Keluarga menyambutnya dengan baik.
Dengan kehadiran keluarga baru. iaitu
Akak ipar juga Abang ipar, jua tak lupa
Pada Tengku Asyraf Saifullah. :)

Kami adik beradik ada terpikir
Untuk sambut meriah hari tersebut
Dengan membawa parents keluar. Tapi
Setelah mendengar idea yang lebih
Baik dari ayah sendiri. Kami ikut.

Ayah plan buat kenduri kecil kecil.
Buat dekat rumah lebih meriah. Dengan
Sumbangan dari setiap orang. Semua
Bejalan dengan baik. Alhamdulillah.
Gua dapat lihat setiap air muka dari
Wajah mereka.

Doa penutup dan Pembuka untuk
Lembaran baru tidak kami lupakan.
Ayah sebagai leader hari tersebut.

Semoga gua dan juga semua jemaah umat
Islam boleh berubah. Tak kira berapa
Lama masa yang diambil. JANJI kita
Coba
Untuk merubah.

Gua petik dari iluvislam,
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w.
dengan memperbaiki dan meningkatkan
mutu solat, dari segi rukun qauli
(percakapan), rukun fi'li (perbuatan)
dan rukun qalbi (rasa hati), lambat
laun SOLAT akan berjaya menjadi
BENTENG kepada amalan keji dan
mungkar."

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat.
Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh
sekelip mata. Teruskan bermujahadah
untuk istiqamah.

Nota Kaki - Doakan gua berjaya merubah
Diri pada yang lebih BAIk kawan kawan. :)

Tuesday, November 15, 2011

Musim Luruh


UPM - Bukti gua & orang rumah gua [di bahu belah kanan], di suatu
Kejadian musim luruh yang
jarang jarang berlaku di malaysia.
Lu Ade?
Kehkehkeh. Peace! :'>


Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kecil Ku

Salam Ukhuwwah.

Teringat semalam bila balik dari terawih,
Ramai betul budak budak. Pakai songkok tapi
Main kejar kejar. Terbaik!. Teringat pulak
Zaman kecil gua time Puasa dulu kala.

Gua memang ingat apa yang jadi masa
Gua chumel chumel dulu. Keh Keh. :D Tapi
Takde la semua. Yang gua remember. Gua kasi la.

Dulu, gua menetap di KL. Masa tu rumah setinggan
Memang bersepah. Kalau cerita pasal kawan kawan.
Memang dah boleh jadi Abang Long masa tu.
Cuma mungkin belum masa. Ha Ha.

Bila ramadhan muncul. Gua yang kanak kanak ni
Buat paham paham gitu je la. Bila mak kate
"Nak puasa tak hari ni?" Gua pun dengan angkuh
reply, "Mesti lah nak mak". :) Hehe.

Satu hari dihari sabtu, gua memang jelas betul
Dengan hari ni. Dulu kalau sabtu pagi sampai
Tengahari cerita kat televisen memang sonok.
Kaler hitam putih tu yang rare! satu keluarga
Gua duduk depan tv. Ohh. kenangan betul.

Nak dijadikan cerita, masa tu ayah baru beli
Peti ais baru. wahh. Gua perhatikan keluarga gua.
Semua nak sumbat dalam peti ais. Sampai gua pun
terikut ikut amalan yang kurang sihat ni. ciss.

Ramadhan keberapa gua dah samar samar sikit.
Tapi masa tu tengahari. Gua ingat. Masa tu
pulak tekak gua ni macam nak mintak something.
Gua tahankan saje. Tapi nafsu zaman kecil ni
gua masih belum boleh kontrol dengan baik.
Jadi gua ke arah dapur untuk melihat lihat
kawasan peti ais baru.

Hm.. Gua ulur kepala tengok line kat depan.
Gua tengok semua macam kene pukau dengan TV
Hitam putih tu. Kompom kurang pahala puasa.
Kembali pada peti ais. Gua buka dengan niat
Nak lihat lihat je. Tapi!. Gua terlihat
Sesuatu yang indah dalam hidup gua masa tu.
Subhanallah. Gua nampak ANGGUR beb!

Niat baik gua dari lihat lihat. Jadi termakan
Pulak. nyum! sedap sangat. Gua tak pasti setan
Mane yang suruh gua buat benda ni. Ada la 2-3
Kali jugak gua ulang alik ke kawasan peti ais tu.
After that. Keluarga gua curiga. finally gua
Tertangkap. Gua insap. Sebagai pengajaran untuk
Masa kecil gua. Gua tak boleh JOIN buka puasa.
Sedih beb time tu gua dipulaukan. Haha. :D
Tapi last last diorang ajak jugak. sebab tak
Sonok kalau bebuka takde gua. Keh keh.

Ok ok. dah la. benda benda indah yang
Gua share ni jangan disebarkan. Malu gua.
Selamat berpuasa dengan penuh ikhlas dan
Juga selamat berbuka pada semua geng blogger.

Salam n Smile.

Nota Kaki : Gambar diatas gua shoot dengan
kengkawan kat Banting.
Di Pantai Kelanang. :)

Wednesday, June 8, 2011

REPEAT Bukit Tabur

Salam ukhuwwah.

Hari ni sy cuti jaga akak. Keh keh. :D
So, amik peluang ni buat event dengan
Kekawan sekolah untuk REPEAT panjat Bukit Tabur.
Event lepas sy naik tabur untuk shoot landscape
Then patah balik bila sampai puncak ntah yang
Keberapa. hoish!

So, dan ada azam lepas tu nak abiskan satu
Kawasan Bukit Tabur ni. Alhamdulillah akhirnya
Sempurna. Heee~ kami berempat bergerak dari
shah Alam menuju ke Bukit Melawati, KL.
Singgah ke masjid area sana untuk solat subuh.
Then selesai perkara akhirat. Kami teruskan
Dengan impian untuk menawan Bukit Tabur dengan
Ditemani semangat Teh Ais yang kuat. Keh Keh. :D

Jop lihat keadaan kami diatas.


Thursday, June 2, 2011

Majlis Pernikahan Pengacara TV1

Salam Ukhuwwah.

Tiba masa untuk share moment yang sy
Bejaya amik semasa majlis pernikahan
Pasangan sama padan ni di Bukit Bandaraya,
Shah Alam.

Siti Murni dan pasangannya Hisyam.
Tahniah pada kedua dua nya kerana bejaya
Menakluk hati pasangan memasing. :) Pehh~
InsyaAllah kami doakan yang terbaik buat
Anda berdua. Juga terima kasih pada team
Membe dari group sy CREATIVO PHOTOGRAPHY
Yang invite untuk hadir dalam majlis ni. :)
Satu pengalaman yang baru dalam dunia ni.

Mai selak satu satu. :)

Tu jeh ok!
Untuk lihat lebih besar, Sila Click pada gambar ok.
Mekasih kerna singgah di duniagrafiksaya.blogspot :)
Salam and smile~ :)

Wednesday, May 18, 2011

Talent - Amy Marisa Amin

Salam Ukhuwwah.

Agak lama Tak Menulis. Hope rakan blogger
Semua dalam keadaan baik baik okeh! :D

Kini sy banyak habiskan masa di Kg. halaman
Untuk menjaga akak sy yang dalam keadaan
Berjaga jaga untuk besalin. Doakan keadaan
Kedua dua insan ini dalam keadaan baik hingga
Selamat semuanya ek. :)

Okeh! balik pada sy pulak. ahaks~
Hm, tak ade nak cerita ape, cuma
Kebelakangan ni sy banyak aktivti.
So, nak tau sy buat ape? hehe.. firstly
Kita Up gambo ikut Q ek.

Ni rakan sekolah menengah sy.
Kami buat private shoot di Shah Alam.
Photographer amatur dua orang, talent sorang.
Dan member kene paksa ikut sebab baru balik
Dari jog. Hehe. Sila layan ek. :)
Jika ada kemuskilan sila nyatakan di ruangan
Komen. hee~

Nota Kaki : Next Entry sy dan team shoot pernikahan
Pengacara Tv1. :)

Okeh! Salam n Smile. :)

Wednesday, April 20, 2011

Outing Suka Suka Zxara ||

Salam Ukhuwwah.

Dah LAPAN tahun rasanya tak join EVENT.
Then sabtu lepas tetiba ade ajakan dari otai otai.
Kebetulan buat di shah alam je. Dengan bantuan
Pacuan empat roda yang dimilikan kawan punya kawan.

Kami menuju ke Bukit Cerakah di seksyen 8 :D
Tapi kami stay untuk first half je. Then pulang..
Sebab kawan sy punya kawan perlu ke tempat lain.
So, jop usha gambo. :)

Azza Emylea

Salam & Smile~ :)

Monday, March 28, 2011

Anis + Fared [ Wedding ]

Salam Ukhuwwah.

Selamat hari isnin yg indah. :)
Ok. Hari ni nak up pasal wedding kazen
Yang telah berlangsung dengan jayanya
Di Sri Andalas, Klang Selangor.
Pasangan Anis + Fared hope kamo berdua
Berbahagia hendaknya. :)

Gambar yang akan di up ni bukan
Semua gambar pengantin. Tapi Gambar
Yang berlaku dari awal hingga separuh
Jalan. Hehe. Cerita banyak pong tak guna.
Sila usha usha ek. :)

Sekian sahaja.
Salam juga Smile~ :)

Monday, March 14, 2011

Cheah & Jocelyn - Pre Wedding

Salam Ukhuwwah.

Lepas beborak dengan kawan sekampong tadi,
Baru teringat nak POST gambo ni. :)
JOB ni kawan punya. Sy sekadar menjadi
2nd Photographer. Merangkap orang kebanyakan~ :D

OK! ini di Putrajaya, di JPN. semua tau kan?
Lepas je mereka ni angkat sumpah. SAH la mereka
Suami Isteri yang sah! Terima kasih pada kawan
Sy kerana invite untuk JOIN shoot ni. Ada juga
Pengalaman untuk shoot other couple.

Untuk tatapan mata yang kehausan~
skian! smile pls~ :)

Monday, March 7, 2011

E D I T I N G ~

Salam Ukhuwwah.

Untuk perkongsian kali ni, bukan grafik.
Tapi photography. Boleh ke? :)
Ok! dengan sengaja nak share sedikit cara
Bagaimana jika SESUATU hasil tangkapan anda
Kurang PUAS dimata anda.


(Click Picture Untuk Lebih Besoo)

Dan untuk PUAS kan mata sendiri..
Sy cube cara ini.Anda rasa bagaimana?
Adekah OK? atau. Cukup cukup makan je?
Pada mata sy dah cukup OK. Mata ANDA?

OK, tu je untuk kali ni.
Salam & Smile~ :)

Thursday, February 24, 2011

B u k i t . T a b u r

Salam Ukhuwwah

Ini kali ketiganya sy memanjat bukit yg penuh
Dengan keindahan bumi tuhan. Subhanallah~
Itulah ungkapan bila melihat VIEW Bukit Tabur
di Taman Melawati Ini. Cukup memukau anda buat seketika. :)


Sekali pandang umpama berada di zaman Dinosaur.
Ehehehe. Kenapa sy cakap macam tu? sebab..
Kebanyakan artis artis yg menggambarkan zaman dulukala
Itu.. Begini lah keadaannya. kan? kan? Ehehhee~
Setelah solat subuh di masjid berdekatan.


Kami BER-5 sebenarnya sudah lambat untuk melihat
Sunrise. Kerana sesat semasa mencari tempat ni.
Kami mula mendaki pada JAM 7. Dan sampai ke atas
Kurang lebih dalam JAM 9. Ketika ini, cuaca sudah
Agak panas. Untuk sampai ke PUNCAK sebenar, perlu
Berjalan dalam 1-2 KM lagi. Tetapi keadaan tidak
Mengizinkan. Kami berpatah balik setelah hasil
SHOOT yg kami inginkan berada digenggaman. Ehehe~ :)
Take a Look.


Sekian untuk ini.
Salam & Smile~ :)