Wednesday, September 21, 2011

KTM?


Dua tiga menjak ni, gua perasan jugak

Yang gua makin rajin pasang Mp4
Masa tunggu KTM,
Masa diri sambil guyang kapla dalam KTM,
Masa nak beli tiket KTM.
Ape sebenarnya ni?

Nota Kaki : Kalau selisih dengan gua. kasi la salam. :)

Thursday, September 15, 2011

Gua Demam Lagi?

Sumber PakCik Google.

Untuk Keberapa kalinya. Gua demam lagi.
Hm, rasanya dah lama tak demam. Gini ceritanya.
Jumaat lepas kat tempat keje. Gua bejalan kaki
Selama 20minit untuk ke masjid. Nak solat jumaat.
Nak diikutkan, macam selalu gua pinjam moto ofismate.

Tapi dia dah tak keje situ. Gua gagahkan aje. Then nak
Dijadikan cerita penuh. Masa jalan kaki pulang ke tempat
Gua bekerja. Hujan dia. perghh! sangat la lebat. habis
Baju seluar gua semua basah. Macam baru keluar bilik air.

Then sebab tu la gua rasa efeknya baru sampai hari rabu
Lepas. Dah setengah hari kat tempat keje, baru badan gua
Rasa sejuk sejuk. Hari kamis gua mintak cuti kat bos. Dia
Ok. Gua layan tido + minum 100 plus, buat ubat penenang
Bagi penyakit gua. :) Hari ni peluh dah stat keluar. Mungkin
Dah nak sehat. Cume Pening tu masih ade. Huuu~

Jangan lupa doakan gua cepat sembuh iyeee. :P

Monday, September 12, 2011

Sampaikan Salam Merdeka Raya.

Salam Ukhuwwah.

Kisah ni masa bulan puasa lepas,
Sebenarnya kitorang nak ke kedai minum
Lepas habis je program buka puasa aritu.
Untuk duduk duduk dan sesembang. Dah
Lama tak jumpa kawan kawan sekolah kan.

Firstly memang nak pegi kedai minum.
Tapi salah seorang dari kami beri idea
Untuk ke OU. Ada rakaman untuk rancangan
Pada hari raya nanti. Discus 5second.
Semua agree nak pegi. Kool.

This is my first time. Jumpa artis depan
Mata beb. Takde lah se-excited mana.
Cuma bila gua nak salam diorang. Tangan
Ni gigil sikit. Heehehe. Ni rancangan
'Sampaikan Salam Merdeka Raya'.

Takde pon rasa nak begambo dengan
Mereka mereka. Cume bila gua nampak
Je pelakon JUVANA. Hehe. Memang tersenyum
Sendirian. Ngeh3. Dengan pelakon lelaki
Boleh la gua amik kan? kan?

Gua jumpa Ayam, Apek dan Kedah.
Pergh! Diorang memang kool je. Gua
Senyum lagi. Haha. Bila dah shoot 2-3
Gambar.Then Gua salam la. Wish Slamat
Hari raya lagi. Then time gua salam
Kedah. Dia cium tangan gua beb. Kawan
Yang bersama gua tu cakap. Attitude
Kedah memang macam tu. Dia respect
orang lain. Kalau artis sume macam tu.
Memang indah la dunia perfileman ni.
Ada sikap saling hormat menghormati
Antara peminat dan pelakon, tak kire
Golongan atasan mahupun biasa biasa
Macam gua ni. :)

Nak cerita pendek. Ter-cerita panjang
Pule. Ok ok. Sila layan terus this
Picca k. :)

Ijai Dan Gua Bersama Dengan Pelakon JUVANA. ;)


Friday, September 9, 2011

Eidul Fitri Keluarga Wak Man 2011

Salam Ukhuwwah.

Untuk sambutan syawal di kampung gua,
Kurang menyengat tahun ni. mungkin
Sebab raya pertama kami 4 beradik
Je yang dapat berkumpul dengan family.

Abg dengan Akak gua di perantauan
Bersama suami dan isteri memasing.
TAPI! Hehe. Raya ke-3 kembali meriah
Dengan kehadiran mereka semua. :)

Masa tu baru kami sekeluarga
Sempat buat sesi begambo. kool.
Kita masih lagi dibulan syawal
Bukan? Jadi jangan malu malu
Pegi cari duit raya. oyeah! :D

Layan the picca. Selamat Hari Raya!
Kawan kawan. :D