Friday, September 9, 2011

Eidul Fitri Keluarga Wak Man 2011

Salam Ukhuwwah.

Untuk sambutan syawal di kampung gua,
Kurang menyengat tahun ni. mungkin
Sebab raya pertama kami 4 beradik
Je yang dapat berkumpul dengan family.

Abg dengan Akak gua di perantauan
Bersama suami dan isteri memasing.
TAPI! Hehe. Raya ke-3 kembali meriah
Dengan kehadiran mereka semua. :)

Masa tu baru kami sekeluarga
Sempat buat sesi begambo. kool.
Kita masih lagi dibulan syawal
Bukan? Jadi jangan malu malu
Pegi cari duit raya. oyeah! :D

Layan the picca. Selamat Hari Raya!
Kawan kawan. :D




Monday, August 29, 2011

Salam Hari Raya Eidulfitri

Salam Ukhuwwah Fillah.


Hari ni penat teman kawan cari baju raya.
After buka puasa sama sama. Terus solat
Magrib dan balik semula ke shah alam.

InsyaAllah, Esok Akan Mula Betolak Ke
Kg. Halaman. Tapi After Half Day Bekerja.
Shah Alam Mula Lengang. Hanya Segelintir
Umat Manusia Yang Masih Setia. Mungkin
Mereka hanya beraya di sini.

Untuk ramadhan yang bakal hilang pada
Hujung hujung mainan waktu. Semoga diri
Ini mendapat mengumpul sedikit pahala
Yang akan menolong pada hari ITU.

Ucapan bagi menyambut hari kemenangan,
Pada pagi syawal nanti. Semoga kalian
Memaafkan diri ini jika selama perkenalan
Kita di dunia blogger ini pernah buat
Anda terasa hati. Mohon maaf seikhlasnya
Dari sy. Salam Eidulfitri, mohon maaf
Zahir dan Batin. :)

Ni nak speaking jawe sikit. Kalau
Ade yang paham, sila la balas yaw. :P
Bocah Cilik Mangan Sego, Sego Dipangan Karo Gulo,
Wes Suwi Orak Ngomong Jowo, Dino Royo Njalok Ngapuro. ;D

Monday, August 22, 2011

Berita Dari Wave Putih

Salam Ukhuwwah.

Pada 20Hb yang dah berlalu,
Pagi ni gua menaip di kampung halaman.
Suasana dia. Memang gua je yang tau.
Syukur sangat hari ni gua masih boleh
Bersahur dengan family. Memang bising
Kalau gua ade. keh keh keh. :)

Ouh, dan juga gua sangat berterima kasih
Pada u all yang mendoakan kesejahteraan
Family gua. Semua kat sini sihat sihat.
Kecuali. Abang gua.

Bermula dari jam 5ptg. Gua terima
Satu panggilan dari rakan. Tapi gua
Bahasa kan dia Ustaz. Ada bisnes nak
Share katenya. Bila dah set gua tunggu
Lepas solat terawih. Tu janji gua.

Then after isyak adik gua kate abang
Gua kecelakaan. Dalam hati gua risau.
Ouh? Wave Putih tu jatuh motor? Lastas
Gua CUT date dengan ustaz. Terima Kasih
Pada ustaz yang paham situasi gua.
InsyaAllah ade masa kita set balik.

Finally semua balik kg. untuk berkumpul
Seperti biasa. Time gua sampai Kg.
Abang gua masih lagi di office. Dia
Call katanya lewat sikit balik. Gua
Sampai tetido tunggu dia. Last last
Time sahur jumpa. Alhamdulillah tak
Seteruk yang gua bayangkan. Tapi dia
Punya BENGKAK. ouhhhh. Sakit tuu.

Rahang abang gua paling teruk kot.
Katanya tersembam. Cuba bayangkan
Kalau mampu. Tu blom gua cerita tang
Kaki, tangan, lutut dan lain lain. hmm.

So, jika anda ringan mulut. Ade istilah
Ringan mulut ke kengkawan? Haha.
Minta doa abang gua lekas baik ye.
Supaya bini dia kat kuantan nun takde
Risau sangat.

NOTA KAKI : Dua tiga menjak ni, gua hapdate
Blog macam beleter. kan? kan? Wakaka. :D

Thursday, August 18, 2011

Minggu Minggu Rare Di Bulan Ramadhan.

Salam Ukhuwwah Ya Ramadhan.

Alhamdulillah, hari ni dapat satu hari
Lagi berpuasa. :)

Bermula dari minggu ni sebenarnya iman
Gua telah diuji dengan begitu kencang.
Bincang punya bincang dengan BOS Besar,
Langkah untuk Create Design Menu untuk
Satu FoodCourt di sekitar ibu negara
Telah diambil. Gua redha.

Menu beb! Menu! Gua dah macam hilang
Akal pikir benda ni. Gua cube sedapkan
Hati dengan memikirkan benda benda yang
Kool seperti melayari fesbuk dan
Meng-hapdate blog. Tapi gagal.

Gua takde hal nak buat kerja kerja ni.
Tapi orang rumah gua yang suka buat
bunyi. Kalau lah orang sebelah dengar,
Ape pulak katenya kan? kan? huuu.

Gua berfikir matang bagi mendapatkan
Pahala bekerja yang rare disisi-NYA.
Akhirnya gua mula dan rest seketika,
Menandakan yang gua serius dalam
Setiap apa jua yang gua lakukan. hm.

Bunyi tu terus mengganggu konsentrasi
Gua dalam menyiapkan tugasan. Malah
Turut membuat gua tersipu malu pada
Orang sebelah dan juga sebelah lagi..
Arggghhh..




BUNYI PEROT GUA KUAT BEB! MALU! MALU!