Friday, July 6, 2012

Bulan Ganjaran.

Salam Ukhuwwah.

Gua sebenarnya lupa hari ni jumaat. Hoho.. 1 week ni gua agak terkejar kejar dengan date line yang terlalu singkat. Tapi Alhamdulillah banyak jugak yg sempat siap before date line tu. ^^

Anyway, kita sekarang dalam bulan sya'ban. Bulan yang penuh dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda kedua terbanyak selepas Bulan Ramadhan. Info ni gua dapat daripada ustaz masa tazkirah sebelum mula solat jumaat tadi. :)

Picture Ni Gua Shoot Masa Di Langkawi. ^^ 


Bulan ni jugak bulan yang banyak berlangsungnya majlis majlis tahlil, majlis ilmu. Dan satu lagi info yang gua nak share. Kalau dikampung kampung. Waktu ni ramai yang sedang buat 'monjong' untuk diberi pada jiran jiran terdekat sempena nak menyambut bulan ramadhan yang dah tak jauh nak tiba.

Kebanyakannya orang jawe jawe la buat. Monjong ni untuk kata lain yang boleh gua tafsirkan adalah 'sedekah'. Tapi dalam bentuk makanan. Kalau ada budak budak jawe macam gua yang terbace info ni tapi salah, sila betulkan ye. gua amat mengalu alukan. ^^

Dan untuk bulan sya'ban ni gua dengan rendah hati ingin memohon kemaafan jika ada tersilap kata dan Jika ada yang terasa atau apa apa.. boleh je terus sound gua kat sini. heh! saje kasi channn.. ^^

Dengan itu gua boleh teruskan beramal dengan lebih baik tanpa ada rasa berhutang dengan manusia. Seterusnya fokus 100% insyaAllah dengan Maha Pencipta. Mudah2an
dipermudahkan. aamiinn. ^^

Nota Kaki : Semoga kita 'sempat' bertemu dengan Bulan yang mulia. ^^

Tuesday, June 26, 2012

Titik Peluh

Salam Ukhuwwah.

Gua terpaksa awalkan post jumaat ni pada hari ni. Sebab gua nak pegi bercuti. Ngeh3 ^^ 
This week gua nak cerita mengenai orang rumah gua dah ada gangs. Hehe. ^^


Gua bukan dari kalangan keluarga yang punya wang Berjuta juta. Mintak dapat. Nak Dapat. Bukan! Sekali lagi gua nyatakan. Bukan! ^^ hee..

Zaman gua sekolah dulu takde makna langsung telefon kat tangan. Nak study group pi kayuh basikal. Nak set main bola, jumpa kat padang. Takde orang kat padang means tak jadi main. Mengeluh? esok jumpa membe suruh dia belanja 'wan tan singgit.' kahkah. setel. but now? Korang pon boleh fikir sendiri. ^^

Phone pertama gua, gua dapat dengan hasil titik peluh gua kerja. Nak cari duit lebih time cuti sekolah buat bayar yuran SPM untuk taun depan. ^^ tak silap gua, ni petama kali gua berani keluar cari duit. ^^



 


Bila ada lebih, baru gua tepikir nak ada satu eset sendiri. Kenal dengan T610? yeah. sony ericsson. Phone yang gua tegila gilakan dulu. Hehe. ^^ Mula form 5 penggunaan phone ni seakan akan wajibul ghrunnah. Jadi ini lah yang 'pertama' ditangan gua.

Sehingga kini. umur gua dah cecah 23 tahun, baru gua mampu untuk tukar phone. Mungkin ayat yang lebih sesuai, ikut peredaran waktu. Bukan apa, takut nanti apa yang jadi langsung tak tahu. Dunia Smartphone sememangnya mengganggu fikiran untuk kita cuba milik antara satu daripadanya. Macam mana gua dapatkan? macam biasa, dengan 'titik peluh' ^^ alhamdulillah. gua bersyukur dengan apa yang gua ada sekarang. ^^
 

Apa yang gua nak share sebenarnya adalah, dengan memperoleh sesuatu tu dengan 'Titik Peluh' sendiri yang keluar dari liang liang roma badan, lebih afdal hapy daripada mampu milik dengan meminta atau diberi. paham baik baik, wajib hapy. hehe.. ^^ tiada kaitan dengan sesiapa atau apa pun. Cuma setelah peroleh habuan. perlu dilaburkan pada benda benda yang boleh menghiburkan hati sendiri. :)



Dan kisah ni tidak disertakan dengan hati yang takabbur semasa menaip. Cuma berkongsi kisah dunia. ^^


Nota Kaki : Gua nak pegi bercuti. Sebab tu post entry awal. ^^ hei hei.. Sepanjang gua terlibat dalam dunia pekerjaan ni, blom pernah gua minta cuti dan bercuti. Doakan Helang Gergasi tu sambut gua dengan senyuman. Kekeke ^^

Friday, June 22, 2012

Stalker.

Salam Ukhuwwah.

Hari ni gua ingat nak cite santai santai sikit. Rasanya tajuk ni boleh dikaitkan dengan

Dunia luar dan dalam iaitu reality mahupun maya. 

Pertama tamanya, korang kene tarik napas....... Lepas.. Hehe ^^ OK OK kita mula..

'Stalker'. For sure semua tahu perkataan ni kan. Bagi gua benda ni ada 2 maksud.

Sama erti dengan 'Black Hat & White Hat'. Pada yang xtahu ianya sama konsep
seperti baik & jahat. Apa yang dia buat, dan untuk apa dia buat. ^^ hehe.
paham kan? Simple. ^^


Sumber Pakcik Google.

Jadi alhamdulillah. Blog gua ni ada jugak stalker yang baik2. Setahu gua la, ada 2 org yang secara terus terang cakap diorang ni salu stalk. Selalu? Kehkeh. Itu gua kurang pasti. Dan mereka support untuk hobi Photography gua. Gua berterima kasih sebab support gua dari jauh. Hee ^^

Jadi, anda punya stalker macam yang gua ada? keke. Yang penting gua cerita ni semua benda yang gua alami secara langsung dan share cerita untuk Melegakan hati. Walaupun gua boleh luahkan benda ni pada rakan2 baik. Tapi gua lebih selesa share dengan lu orang. Dan janganlah ada stalker yg black hat tu kat sini. gua sayang blog gua ni.. ^^ 

Nota Kaki : Gua mimpi adik gua duduk sebelah gua sambil menangis gembira semalam. Dia tak cakap apa2 langsung. Tapi gua dapat rasakan yang dia hapy sebab diterima masuk belajar di Jordan. Mudah2an cita cita dia dimakbulkan. aamiinnn ^^

Friday, June 15, 2012

JODOH.

Salam Ukhuwwah Fillah.

Gua panjatkan kesyukuran sedalamnya. Dan dah time gua up next post after
Jumaat berganti jumaat. ^^

Kali ni gua rasa dah masa gua berjiwang sedikit. Wakaka. :DD gua ingat nak UP
Cerita pasal jodoh. Dah ramai yang tanya gua benda benda ni. Gua dah cakap kat
Diorang gua dah pernah bikin cerita2 cenggini. Tapi diorang suruh 'hapdate'.
Haha. Memang mintak seliparrrrr.. :DD

Gua rasa semua dah tahu ada beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh DIA
Untuk kita sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Hanya DIA yang tahu setiap satu
Yang telah diciptakannya.

Antara salah satunya adalah Jodoh. Ramai yang sangat mengambil berat hal ni. Tak
Salah nak mencari. Memang antara perkara wajib yang manusia perlukan, iaitu pasangan.

"ALLAH menciptakan segala yang ada di alam semesta ini berpasang-pasangan.

Saling melengkapi. Sekaligus saling mengisi. Saling bekerjasama. Saling mengimbangi.
Saling mempengaruhi satu sama lain. Dan saling menyempurnakan." - atoksub

Tapi buat gua sendiri, adalah seorang yang pemalu. Jadi untuk mencari seseorang
Tu sangat susah bagi gua walaupun gua dah banyak kali untuk cuba berani. kah3.

Ada diantara orang di sekeliling gua yang sangat ingin tahu yang gua ni 'pernah b'punya' Atau 'pernah bercinta' tak? Gua dengan yakin melemparkan senyuman gile manis dan answer da question, nope! gua pencari yang satu. Kahkah. Punya takabbur jawapan gua. ngeh3 ^^

Tapi ini adalah benar. Gua xpernah bercinta. Ini bukan benda yang harus diperbesarkan. ini cuma perkara kecil. Cuma terkadang gua sering memikirkan orang yang sama ketika soalan soalan berkaitan ini ditujukan pada gua. Gua juga punya perasaan sama seperti umat umat manusia yang lain. Tak dapat lari dari perasaan ingin berpasangan. Gua ada amik beberapa perkara penting dalam kisah 'Murid & Rumput.' Ramai yang tau kisah ni. ^^




Ada yang sound gua, kalau mula langkah sekarang mungkin kita tahu berapa % kita
Boleh tawan hati dia. Then kalau tak mula lagi sebaliknya. Gua cuma boleh smile. ^^



Gua jugak berterima kasih pada kekawan bloggers yang keep support gua dari alam maya je. kehkeh. ^^ gua sangat hargainya. Pernah sekali gua terkejut sebab bila gua taip 'Perasaan Ini Berlaku Untuk Pertama Kalinya.' Terus kene tegur dengan si dia. Gua memang terkedu masa tu. Tapi itu je la kenangan manis di alam maya. hehe


Nota Kaki : Itu je perkongsian yang tak bermanfaat yang boleh gua share. Ada jodoh gua dengan dia, gua takkan sia sia kan. Lu orang pulak bila?? Kehkeh. ^^